“Sah Dah Ni” – Peminat ‘Broken’ Akhyar Rashid Bawa Eyka Farhana Jumpa Keluarga

Pelakon jelita Eyka Farhana dilihat hadir menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC pada Sabtu lalu telah mencuri perhatian ramai.

Eyka sebelum ini digosipkan mempunyai hubungan bersama salah seorang pemain JDT iaitu Akhyar Rashid, bagaimanapun aktres ini tidak menjawab desas desus mengenai hubungannya itu.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Akui Penat Dikecam, Tampil Buka Mulut Isu Video Lengan Akhyar – “Mereka Lebih Tahu”

Artikel Berkaitan: Buat ‘Trend’ TikTok, Netizen Soal Eyka Farhana Sandar Pada Lengan Siapa? – “Tangan Akhyar Ke Tu?”

Bagaimanapun, menerusi sebuah video yang tular di aplikasi TikTok, seorang pengikut memuat naik foto Eyka bersama keluarga Akhyar yang diambil dari Instagram Story milik aktres berkenaan.

Malah, individu tersebut mendakwa, Eyka telahpun dibawa berjumpa keluarga besar bintang JDT itu sekaligus menjawab status sebenar hubungan mereka.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai dalam kalangan wanita dilihat patah hati dan kecewa melihat pasangan tersebut.

Sebelum ini, Eyka hangat menjadi perbualan netizen ekoran penampilannya yang didakwa semakin terdedah.

Bagaimanapun Eyka tidak mengendahkan kecaman netizen serta berkata dia telah lama berpakaian ‘seksi’.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Nampak L*rah, Netizen Dakwa Eyka Farhana Makin Berani

Artikel Berkaitan: Beraksi Manja Atas Sofa, Netizen Kecam Eyka Farhana Tampil Seksi Tayang Pusat Menerusi Kempen Pakaian Dalam

Artikel Berkaitan: Sering Dikritik Gara-gara Penampilan Mencolok Mata, Ini Respons Eyka Farhana – “Ada Artis Lain Lebih Seksi, Mungkin Mereka Dah Biasa Nampak Saya…”

Dalam aksi perlawanan yang berlangsung pada Sabtu, JDT berjaya menewaskan Sabah FC 3-0 dan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan sekaligus mengesahkan kehebatan juara Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut.

Aqilah Paharuzi