Sakinah Marah Dipanggil Cacat!

Umum tau yang pelakon Sharifah Sakinah mempunyai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) dan Mild Dyslexia sejak dari zaman persekolahan lagi dan dia telah berkongsi tentang kondisinya ini bersama-sama warganet di dalam laman instagramnya. Tetapi Sakinah yang sudah lali dengan kutukan dan kecaman warganet tentang pakaian dan perangainya yang gila-gila, tidak dapat menahan geram apabila kondisinya itu dihina warganet apabila mereka memanggilnya ‘cacat’. 

 

“Kami sering mendapat tindak balas apabila memuat naik apa-apa di media sosial kami, dari dikatakan berpakaian seksi melampau atau pergi ke Mekah tetapi hipokrit.  

 

“Tapi kali ini netizen sangat tidak sensitif bila memilih untuk menghina kondisi saya.  Itu perkataan yang paling tepat, menghina.  Sakinah cacat. Sakinah sakit. Mentaliti apakah ini? Kempen sokong produk ada, bila nak ada kempen kesedaran masalah pembelajaran pula? ADHD, Dyslexia selalu memerlukan sokongan dan dorongan. Kalau memberi sokongan itu bukan naluri kamu, lebih baik berdiam diri daripada menyakiti orang lain.” tulisnya di dalam laman instagramnya hari ini.

 

 

Sememangnya masyarakat kita sudah lebih celik mengenai masalah-masalah pembelajaran seperti ADHD, Dyslexia, Autism dan sebagainya…tetapi mungkin kerana Sakinah adalah seorang selebriti Malaysia yang tidak asing dengan kontroversi, dia sering menjadi ‘target‘ kecaman warganet dan entri ini tidak terkecuali.

 

 

 

 

Nak buat macam mana…inilah kehidupan seorang artis di Malaysia apabila kutukan dan pujian sudah tidak asing lagi dan umpama ‘makanan’ dalam hidup mereka sehari-hari. Mungkin pendapat untuk menutup ruangan komen tu bagus juga. Bila tak ada ruangan untuk meluahkan perasaan, warganet nak mengecam boleh pergi tempat lain. Yang penting, kita pun tak sakit hati betul tak? Pelakon ‘Girlfriend Dari Neraka’ ini baru sahaja pulang dari bercuti di Bali bersama rakan artis seperti Nabila Huda, Sherry Alhadad, Jihan Musa, Nad Zainal dan beberapa orang lagi. 

Del14