Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

“Tiba-tiba saya terbayang wajah arwah abah, kesusahan mak dulu,” kata penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza mengulas mengenai persembahan cukup emosi di konsert mini Shopee X SimplySiti, semalam.

Ini kerana Siti dilihat menitiskan air mata ketika menyampaikan lagu Jerat Percintaan di hadapan ribuan penonton yang hadir.

“Dengan kemunculan penari berbaju sekolah, saya teringat waktu remaja dahulu. Saya sendiri tidak boleh kawal perasaan sehingga  air mata  terus mengalir.

“Saya bermula sebagai penyanyi ketika masih di sekolah menengah. Entah kenapa, bila tengok sahaja penari itu…saya sendiri sebak teringat kenangan lama,” ujarnya.

Kelmarin, lebih 1000 peminat menyaksikan persembahan hebat penyanyi nombor satu negara ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Penonton dibawa menyaksikan perjalanan dari awal kemunculan Siti Nurhaliza di dalam industri hiburan dengan rangkaian lagu-lagu lama antaranya Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Biarlah Rahsia dan buat pertama kalinya juga menyanyikan lagu OST filem ‘Dendam Pontianak” – Kasihku Selamanya secara live.

Ternyata pada malam konsert itu juga menyaksikan kenangan serta sejarah manis apabila SimplySiti melancarkan minuman kesihatan Beautessence.

Sementara itu, produk ini dijual secara eksklusif di Shopee bermula 14 September menerusi kedai rasmi BeauSiti.

Oleh: Fas

SGMS Faida