Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 27, 2024 @ 9:22pm

“Sakit Bila Anak Tinggalkan Kita Atas Sebab Tertentu” – Nourul Depp

“Saya tahu ia menyakitkan apabila anak kita meninggalkan kita atas sebab tertentu,” demikian luahan hati penyanyi, Nourul Depp di platform TikTok miliknya baru-baru ini.

Meskipun tidak menjelaskan konteks sebenar mesej tersebut, namun Nourul meminta individu yang melalui nasib sedemikian untuk tidak menyalahkan diri mereka.

“Saya tahu ia menyakitkan apabila anak kita meninggalkan kita atas sebab tertentu. Tetapi ingatlah, ada sebab di sebaliknya.

“Cari apa yang lebih penting untuk anda fokuskan. Terutamanya jika mereka tidak mahu kembali lagi, bukan salah anda.

“Anda telah melakukan yang terbaik, tetapi kita juga manusia. Kita membuat kesilapan, sama seperti saya.

“Jadi biarlah, hidup terus berjalan. Kerana kita hanya mati sekali, tetapi kita hidup setiap hari,” tulisnya.

Nourul Depp

Menerusi perkongsian sama, Nourul memuat naik foto bersama tiga cahaya matanya sekaligus menceritakan pengalamannya sebagai seorang ibu yang pernah menjalani masa sukar.

Nourul mengakui dia sudah lelah dan penat untuk ‘mengejar’ atau memberi perhatian kepada individu yang tidak mahu berada dalam dunianya lagi.

“Banyak yang mengikuti perjalanan saya kerana kisah sebagai seorang ibu. Saya kongsikan video ini kerana di saat-saat sukar, saya terlupa bahawa saya masih mempunyai tiga lagi cinta yang menanti dan memerlukan perhatian saya.

“Saya terlalu fokus pada yang satu, dengan harapan dia akan kembali dan kita akan bahagia seperti dulu. Saya telah berjuang sebaik mungkin, tetapi saya tidak dapat mengejar seseorang yang tidak lagi mahu saya dalam hidup mereka. Jadi, biarlah. Dua tahun sudah cukup.

“Apa yang saya ingin sampaikan adalah, kadang-kadang kita terlalu fokus pada satu perkara yang kita fikir memerlukan perhatian, sehingga kita terlupa bahawa masih banyak lagi yang memerlukan kita,” ujarnya lagi.

@nouruldepp1

Banyak yang mengikuti perjalanan saya kerana kisah sebagai seorang ibu. Saya pasti ramai di luar sana yang mengalami situasi serupa. Ada yang kecil, ada yang besar. Kisah saya mungkin lebih besar. Saya kongsikan video ini kerana di saat-saat sukar, saya terlupa bahawa saya masih mempunyai tiga lagi cinta yang menanti dan memerlukan perhatian saya. Saya terlalu fokus pada yang satu, dengan harapan dia akan kembali dan kita akan bahagia seperti dulu. Saya telah berjuang sebaik mungkin, tetapi saya tidak dapat mengejar seseorang yang tidak lagi mahu saya dalam hidup mereka. Jadi, biarlah. Dua tahun sudah cukup. Apa yang saya ingin sampaikan adalah, kadang-kadang kita terlalu fokus pada satu perkara yang kita fikir memerlukan perhatian, sehingga kita terlupa bahawa masih banyak lagi yang memerlukan kita. Saya tahu, apabila anak kita meninggalkan kita atas sebab tertentu, ia menyakitkan. Tetapi ingatlah, ada sebab di sebaliknya. Cari apa yang lebih penting untuk anda fokuskan – terutamanya jika mereka tidak mahu kembali lagi. Bukan salah anda. Anda telah melakukan yang terbaik, tetapi kita juga manusia. Kita membuat kesilapan, sama seperti saya. Jadi, biarlah. Hidup terus berjalan. Kerana kita hanya mati sekali, tetapi kita hidup setiap hari. #FireTalk #PembangunanDiri #6KeperluanManusia #JadiYangTerbaik #unleashyourself #Motivasi #nourullifecoach #firetalk

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Nyanyi Lagu Keliru, Nourul Depp Profesional Sekiranya Ada Peluang Duet Dengan Ajai? – “Suami Bagi Kebenaran, Tapi…”

Artikel Berkaitan: Enggan Ulas Isu Konflik Dengan Anak Perempuan, Nourul Depp Masih Berhubung Dengan Ayu – “Biarlah Masa Yang Tentukan Semua…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jan 2022

Air Mata Nia Ramadhani Berlinangan Apabila Dijatuhi Hukuman Penjara

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie bersama suami, Ardie Bakrie dan pemandu mereka Zen Vivanto  dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas penyalahgunaan dadah. Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Bawang […]

Hiburan Wed, 22 May 2019

Nash Pasang Niat Buat Konsert Solo Di IB Oktober Ini

Jika diizinkanNya konsert ‘Santai Legend Bersama Datuk Nash’ bakal menggegarkan pentas IB pada hari ulang tahunnya ke 60 pada 4 Oktober depan.

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Thu, 23 Oct 2025
Trending Sat, 23 Mar 2019

Video Viral Lelaki Bakar Diri Sendiri Disahkan Meninggal Dunia

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat melumuri dirinya dengan minyak petrol sebelum mengeluarkan pemetik api dan membakar dirinya. 

Featured Mon, 15 Jun 2026

Individu Bosan Tengok Lakonan Beto Kusyairy, Mimi Lana Komen: “Saya Tak Bosan! Kalau Semua Cerita Ada Dia, Hari-Hari Saya Tengok”

Kata Mimi, dia tidak pernah bosan melihat lakonan Beto Kusyairy bahkan sanggup menonton lakonan aktor itu setiap hari.

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Tue, 7 May 2024
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

error: Content is protected !!