Takziah…Zila JohaRockstar Meninggal Dunia

Kalau anda biasa mengikuti perkembangan JohaRockstar, mungkin anda kenal dengan Zila

Zila yang juga merupakan bekas peserta Seiras Seirama  telah meninggal dunia akibat sakit jantung, jam 12.30 malam pada 24 November 2018

Khabar duka itu dikongsi menerusi Facebook kumpulannya The Kodox Band.

“Bismillahirahmanirahim. Zila vokalis kami telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 malam tadi.

“Jenazah terus diterbangkan di kampung halaman Sandakan Sabah jam 10.25 pagi dan tiba pada jam 12.30 tadi.

“Sekarang dalam perjalanan ke tanah perkuburan. Mohon kodoxan semua doakan al-Fatihah dan berharap semuanya dipermudahkan.

“Kehilangan Zila sesuatu yg tak diduga. Terlalu banyak kenangan ketika masih hidup. Allahuakbar.

“Mana yang nak membuat sumbangan bleh bank in di 164427404353 (maybank) Kamarul. Kami wakil dari keluarga Zila minta halalkan makan minum. Dan segala kesilapan arw4h. Kami rindukan adik kami,” coret wakil keluarga.

Kali terakhir Zila atau nama lengkapnya Fazilah Asmar membuat persembahan ketika mengadakan The Kodox’ Reunion, pada 2 November 2018 di Restoran KAWD, Ampang, Kuala Lumpur. sumber sinarharian.

Dua tahun yang lalu Zila atau nama penuhnya Fazilah Asmar, 30, pernah mengikuti program Seiras Seirama yang merupakan klon penyanyi rock, Ella.

“Selepas program itu saya ada juga masuk pertandingan JoHaRockstar, namun saya kembali busking di kafe-kafe sekitar Lembah Klang selepas tak ada projek,” ujarnya jujur.

SGMS Enal