Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Sejak jenama Sepah ‘berkubur’ pada tahun 2011, nama dan wajah salah seorang anggotanya, Mamat jarang dilihat di kaca televisyen.

Jika dulu, jejaka berusia 33 tahun ini sering dikaitkan dengan kontroversi yang dilihat seakan membunuh kariernya.

Namun begitu, Mamat tidak pernah mengundur daripada dunia seni tetapi dia kini selesa mengamalkan hidup lebih low profile.

“ Bukan tiada tawaran tetapi saya tak berminat dalam bidang lakonan lagi.

“ Jiwa saya lebih kepada muzik manakala lakonan bukan dunia saya. Saya suka muzik tetapi suara pula tidak sedap,” katanya.

Tidak mahu meratap nasib saja, Mamat mengorak langkah dalam dunia atur cara majlis. Kejar populariti bukan dunia saya lagi. Saya selesa dengan kehidupan sekarang.

“ Sebenarnya, sudah lama saya mengusahakan syarikat atur cara, Mamat Sepah Entertainment. Syarikat ini mengendalikan pelbagai majlis dan acara makan malam syarikat,” katanya.

Menurut Mamat, syarikat miliknya itu sudah lama ditubuhkan iaitu sejak masih bersama kumpulan Sepah lagi. 

Kita doakan Mamat terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang diceburi. Insya Allah. -BH Online.

SGMS Faida