Salamiah Hassan Kini Sah Berhijab Atas Permintaan Arwah Suami – “Masa Itu Arwah Lihat Saya Warnakan Rambut Untuk Tutup Uban…”

Penyanyi veteran, Salamiah Hassan kini mengambil keputusan untuk kekal berhijab selepas kehilangan suaminya, Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry, November lalu.

Menurut Salamiah, dia mengakui keputusannya untuk berhijab adalah permintaan daripada arwah suami.

“Masa itu, arwah melihat saya mewarnakan rambut untuk menutup uban di kepala. Ketika itulah, arwah menyarankan saya supaya mengenakan hijab.

“Alasan diberi, ia ibarat serampang dua mata kerana selain tidak perlu kerap mewarna rambut ia dapat menutup aurat.

“Pada mulanya, saya agak skeptikal dan buat endah kata-katanya, namun selepas pemergiannya barulah saya terfikir kebenaran.

“Dengan pesanan ditinggalkan, ditambah perasaan sudah bersedia untuk berhijab, jadi saya lakukannya tanpa perlu ada rasa ragu-ragu,” katanya.

Salamiah Hassan berkahwin dengan Gerry Hughes yang berusia 68 tahun pada 1 September 2022

Tambah pelantun lagu Menghitung Hari itu lagi, dia tidak berasa kesal dengan penghijrahannya birapun usianya kini 72 tahun.

“Tiada guna berubah awal, namun akhirnya gagal untuk istiqamah hanya kerana belum bersedia sepenuhnya,” ungkapnya.

Terdahulu, Salamiah mendirikan rumah tangga bersama Gerald Hughes pada 1 September tahun lalu di Burnie, Tasmania.

Namun, Gerald meninggal dunia pada 4 November, selepas dua bulan hidup bersama sebagai suami isteri.

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi