Didakwa Terima Kifarah Akibat Mengata Sharnaaz Ahmad, Ini Respons Syada Amzah -“Saya Takkan Tarik Balik Kata-Kata & Permohonan Maaf Atas…”

Baru-baru ini penyanyi yang juga adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah ada menulis kenyataan terbuka terhadap bapanya, Datuk ND Lala.

Menurut Syada, kenyataan terbuka itu ditulis kerana bapanya sukar untuk dihubungi selain berharap hantaran tersebut dapat membantunya untuk menyampaikan pesanan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap masalah yang sedang dihadapi keluarganya.

“Kepada ayah, tiada lagi foto ayah mulai hari ini. Surat terbuka ini dibuat kerana tiada sesiapa mempunyai akses untuk bercakap dengan ayah.

“Pertama sekali, Selamat Hari Lahir yang ke-62. Terima kasih atas segala pengorbanan ayah untuk membesarkan kami berempat,” tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pengguna laman sosial berkenaan.

Menurut individu yang dikenali sebagai @mrayam90, situasi yang menimpa keluarga penyanyi itu adalah disebabkan kifarah yang berlaku dek keraan sebelum ini dia pernah melemparkan kata-kata kurang manis terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Lain kali, jangan duk kata dekat Sharnaaz Ahmad sebelum ni… Allah balas balik dekat keluarga awak. Lain kali jangan kata dekat orang lain,” komen netizen.

Tidak habis disitu, Syada kemudian membalas komen individu itu dan menjelaskan bahawa kifarah sememangnya wujud, namun ujian yang dihadapi keluarganya kini tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku dengan aktor tersebut.

“Saya tidak akan menarik balik kata-kata atau memohon maaf di atas percakapan saya demi mempertahankan keluarga.

“Kifarah memang wujud, tapi kifarah ini bukan disebabkan apa yang saya katakan kepada dia (Sharnaaz),” balasnya.

Terdahulu, ibu Syada, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Dan, pada awal minggu lalu Fauziah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi memfailkan perceraian terhadap suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betapa Sulitnya Jadi Sekuat Aku” – Kongsi Luahan Hati, Hantaran Isteri ND Lala Curi Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ND Lala Akhirnya Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Disondol Rakan Baik? Shila Amzah Kekal Kunci Mulut, Mohon Beri Masa & Ruang

Salma Syahbuddin