Sam Smith Putus Cinta Dengan ‘Kekasih’

Penyanyi terkenal dengan lagu Too Good At Goodbyes, Sam Smith mengakui dia kini berdepan dengan saat sukar.

Secara bersahaja, Sam memberitahu situasi yang beliau alami di hadapan ribuan peminat di Barclays Centre, New York.

Akui Sam, dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn.

“Saya tahu ramai di sini mempunyai masalah atau kesulitan sebab saya juga sedang alaminya kini.

“Malam ini saya mahu lupakan seketika masalah dan hiburkan hati kita. Jom menyanyi sekuat hati anda,” katanya.

Sam dan Brandon, 24, mula menjalinkan perhubungan sejak sembilan bulan lalu.

Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama pada dua minggu lalu ketika keduanya bersantai di Beverly Hills.

Beliau kini terlibat dalam konsert jelajah di seluruh Amerika Syarikat bagi mempromosikan album keduanya, The Thrill Of It All.

SGMS Faida