Categories: HiburanTrending

Sambut Anniversary Kahwin Pertama, Neelofa Kongsi Video Akad Nikah – “Saya Bisik Di Telinga Suami Sebab Dia….”

Pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka semalam.

Bersempena hari istimewa tersebut, Neelofa menitipkan ucapan menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew,” tulis Neelofa yang berkongsi video majlis akad nikah di hantaran terbabit.

Haris menerusi laman Instagram miliknya berkongsi foto sekitar majlis pernikahan mereka dengan kapsyen penuh kesyukuran.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Dikurniakan isteri yang baik hatinya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak mengapa, ku titipkan dalam doaku.

“Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai-Nya. Sekali lagi Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

Di ruangan komen hantaran Neelofa dan Haris, rakan-rakan selebriti dan peminat turut sama-sama meluahkan rasa kesyukuran serta memberikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan merpati dua sejoli ini.

Neelofa dan Haris dinikahkan dalam satu majlis indah bertemakan serba putih di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan kehadiran cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Padin