Sambut Birthday Yang Ke-2 Tahun, Netizen Puji Busana Rekaan Rizman Buat Rizqaa – “Bestnya Daddy Designer”

Busana rekaan pereka fesyen Rizman Nordin buat anaknya, Rizqaa Rizman yang dikenakan ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang kedua tahun menjadi perhatian dan bualan wargamaya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rizman telah memuat naik beberapa foto majlis sambutan hari lahir anaknya yang bertemakan ‘Barbie’, beberapa hari yang lalu.

“Birthday Celebration for my Princess. Rizqaa is wearing A Couture by Dadi #rizqaaturn2,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan anak pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini itu mengenakan busana yang berwarna merah jambu.

Menerusi perkongsian itu juga, kebanyakan wargamaya turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Rizqaa dan mendoakannya.

Fatin Nurain