Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) Perak selepas mengadu sesak nafas tengah malam tadi.

Menurut anaknya, Ahmad Zaini, 51, doktor mengesahkan keadaan bapanya kritikal sehingga memerlukan bantuan pernafasan akibat masalah paru-paru berair.

ā€œDoktor mengesahkan kepada keluarga bahawa ayah kritikal akibat paru paru berair pada jam 2 pagi.

ā€œKami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan memasukkan tiub bagi membantu bernafas apabila jantung terhenti.

ā€œAyah masih memerlukan bantuan pernafasan dan dalam keadaan separuh sedar tapi masih kritikal,ā€ katanya.

Dua tahun lalu, pelantun lagu Cek Mek Molek pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN).

Tinjauan di ruangan komen hantaran Buletin FM, ramai dalam kalangan netizen mendoakan kesejahteraan satu-satunya raja gelek terkenal tanah air.

Selebriti, penyampai radio Haiza Hanafi turut menzahirkan ucapan doa kepada selebriti kesayangan ramai itu.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi