Sambut Hari Jadi Ke 45, Sharifah Shahira Dapat Bunga Dari Siapa Tu?

Selamat hari jadi kami ucapkan buat pengacara dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah yang menyambut ulang tahun ke 45 hari ini.

Umum tahu, Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera ini bersahabat baik dengan model dan pelakon terkenal tahun 90 an, Azah Aziz.

Istimewanya, walau sudah berpuluh tahun tinggal di luar negara, Azah tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

Buktinya, Azah akan menghantar kek dan bunga pada setiap hari ulang tahun Shiera.

“20 kek dah dia kirim dari Canada. Makna dah 20 tahun dia kat sana. Aku satu pun tak bagi sbb aku tak reti U never give up, are you,” tulisnya di Instagram.

Shahira yang pernah membintangi drama popular 90 an, Cinta Korporat bersama sahabat baiknya itu berterima kasih atas ingatan dan pemberian istimewa itu.

“Untung dapat kawan macam @azahmontreal. Love ya miss ya. Dah pencen aku gi sana kalau panjang umur,” tulisnya dalam sebuah entri, hari ini. 

Untung betul dapat sahabat baik macam ni, jauh di mata dekat di hati…tak gitu?

SGMS Faida