Hiburan By: SGMS Faida March 2, 2018 @ 8:20am

Sambut Hari Lahir, Kenapa Zain Tak Ikut Isteri Ke London?

Lama tak dengar khabar tentang selebriti yang tak dimamah usia ni, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta.

Bakal menyambut hari lahir pada 9 Mac ini, Che Ta seperti biasa akan meraikan hari istimewa ini dengan melancong ke luar negara. Pelakon Kiah Pekasam ini pernah menyambut hari lahir anaknya, Ammar Effendy di Greece. Nampaknya kali ini mereka sekeluarga bakal terbang ke London pula. Wow, best tu!

Sambutan hari lahir Che Ta akan dibuat di sana, pasti meriah kan? Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 45, keberangkatan Che Ta sekeluarga kali ini tidak disertai suami, Zain Saidin. Kenapa agaknya tu?

“ Ketiadaan Zain disebabkan dia perlu berada di China untuk urusan perniagaan. Ini kerana dia akan ke China atas urusan perniagaan,” katanya.

Tambah ibu hot ini lagi, Zain dah memberi keizinan kepadanya untuk menyambut hari lahir di sana. Apapun, kami di Xtra.com mengucapkan Happy Birthday In Advance Che Ta, we love you!

Dalam perkembangan lain, Che Ta telah dipilih menjadi Ikon Kedah Bersama dengan pelakon Janna Nick. Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki Che Ta sekeluarga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

周杰伦花式调侃 《中国新歌声》开播前欢乐多

在《新歌声》当了三年的导师,周杰伦已经从那个原本有点害羞的大男孩,变成了会花式调侃的「皮皮伦」!今年录像还未开始,他就贡献了“奶茶”、“歌词”等多个话题梗,频频上了热搜,那么他在节目中表现到底有多皮呢?

Featured Wed, 3 Aug 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Fab Foodies! Tue, 20 Mar 2018

Chilli Crab Gelato: Yay or Nay?

What happens when sweet meets savoury? Will it be the best thing ever or our worst nightmares come true?