Hiburan By: Padin September 16, 2022 @ 11:44am

[VIDEO] Sekali Lafaz, Mas Idayu Menitiskan Air Mata Saat Sah Bergelar Isteri Penerbit Eksekutif TV3

Penyanyi dangdut tersohor, Mas Idayu, 50, selamat melangsungkan perkahwinan dengan penerbit eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi tadi di Magica Quill Hall, Kuala Lumpur.

Lebih 16 tahun memegang status ibu tunggal, Mas Idayu mengalirkan air mata sebak dan gembira saat bergelar isteri kepda Sufian.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun menerima mas kahwin bernilai RM1,001 selain memberikan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Merahsiakan wang hantaran atas permintaan keluarga, majlis akad nikah itu dihadiri 100 ahli keluarga dan rakan rapat.

Sebelum ini, pelantun lagu Selangit ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun berpiasah pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Asyiqah, 24.

Foto: Instagram Huda Hj Khalid

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

‘Ramailah Muka Macam Muka Sufian Suhaimi’- Netizen Terkejut Gambar Intim Tersebar

Gambar yang diperoleh di akaun Twitter PenumpahTeh jelas memperlihatkan jejaka yang mirip pelantun Di Matamu ini sedang nyenyak tidur di sisi seorang wanita yang ditutup wajahnya.

Trending Wed, 15 Jul 2020
Trending Wed, 25 Nov 2020
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

#daiTV3 : Pentas Pendakwah Nusantara Semakin Panas Pada Minggu Ini!

Minggu ke-8 kali ini pastinya semakin sengit apabila peserta pendakwah nusantara kita semakin hebat dan semakin berani dalam melontarkan idea-idea mereka. Dengan tema Bila Hati Berbicara agaknya apakah kelainan yang bakal persembahkan oleh mereka pada […]

Hiburan Sun, 26 Jan 2020

“Kalau Ayah Ada…” – Zain Saidin Sebak Nikahkan Sasha

Pelakon, Zain Saidin mengakui berasa sebak apabila memikul tanggungjawab sebagai wali semasa pernikahan kakaknya, pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin pada 20 Januari lalu. “Saya cuma melaksanakan tanggungjawab.  Saya anggap diri ini mewakili arwah […]

Trending Wed, 24 Jul 2019

VMA 2019 is Under Fire when #VMAsRacist Trends on Twitter

They literally thought they did something, when in fact they did not! And fans weren’t having it.