Euforia Bola 2026
Events By: Aqilah Paharuzi June 11, 2022 @ 1:30pm

[VIDEO] “Wajah Saya Lumpuh Sebelah Akibat Virus..” – Justin Bieber Hidapi Sindrom ‘Ramsey Hunt’, Konsert Mungkin Bakal Dibatalkan?

Penyanyi pop terkenal antarabangsa, Justin Bieber mengumumkan berita tergempar bahawa dia kini sedang menghidapi penyakit dikenali Sindrom Ramsey Hunt.

Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram miliknya sekitar lewat malam tadi (waktu Malaysia) menerusi sebuah video yang mendedahkan keaedaan terkininya.

Bintang berusia 28 tahun itu berkata penyakit itu menyebabkan sebahagian wajahnya di sebelah kanan lumpuh.

“Hai semua, saya cuma nak umumkan sesuatu yang terjadi sekarang ini ke atas diri saya.

“Seperti yang anda nampak di wajah saya, doktor mengesahkan saya mengalami sindrom yang disebut ‘Ramsey Hunt Syndrome’.

“Ia disebabkan serangan virus di bahagian saraf dalam telinga belah kanan hingga menyebabkan separuh muka saya lumpuh dan tidak dapat bergerak sempurna,” jelasnya.

Berdasarkan video berkenaan, dapat dilihat kesan sindrom terbabit membuatkan Justin tidak boleh mengerlipkan kelopak matanya, serta senyuman bibirnya kelihatan senget akibat separuh otot di wajahnya lumpuh.

Umum sedia maklum, Justin yang sedang sibuk dengan konsert jelajah di serata dunia termasuk di Kuala Lumpur menyatakan tahap kesihatannya merosot hingga menggangu perjalanan persembahan.

“Keadaan yamg saya alami boleh dikatakan agak serius dan saya mungkin tidak mampu meneruskan persembahan dalam konsert seperti yang dirancang,

“Pada siapa yang kecewa sebab saya batalkan konsert, saya minta maaf, keadaan saya sangat tidak mengizinkan saya untuk meneruskan konsert itu.

“Saya harap semua faham. Saya tak tau berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulihkan keadaan saya. Tetapi, saya akan menjalani rawatan ketika saya sedang berehat ini,” ujarnya dalam nada sebak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Tinjauan di ruangan komen. mendapati ramai dalam kalangan selebriti terkenal antarabangsa turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Justin itu.

Rata-rata mereka menyuntikan semangat kepada pelantun lagu popular Baby itu agar kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, meski tiada keputusan rasmi mengenai pembatalan konsertnya dalam video tersebut, namum ramai peminatnya dari Malaysia beranggapan konsert Justin yang dijadual berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil bakal dibatalkan.

Ramai dalam kalangan peminatnya yang meluahkan rasa terkejut dengan berita mengenai kesihatan Justin serta mendoakan agar penyanyi kegilaan dunia ini segera disembuhkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Memey & Abby Abadi Sakit Sama-Sama Seperti Berjanji!

Dah macam kembar pula Memey dan Abby Abadi sebab sakit pun boleh masa yang sama

Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Fri, 14 Sep 2018
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Shila Amzah Imbau Kisah Gelap Berdepan Gangguan S*ksual Di Zaman Sekolah – “Mereka Sentuh Macam….”

Lelaki itu touch and go, Shila Amzah trauma diraba ketika menuju ke sekolah

Featured Wed, 12 Nov 2025

Aina Abdul Mengaku ‘Nervous’ Naik Stage – “Harap Rasa Tu Tak Hilang”

Aina Abdul mengakui masih berasa gemuruh meskipun sudah beraksi di beberapa pentas besar sebelum ini.

Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Featured Mon, 12 Sep 2022

Kerap Muncul Dalam Filem Beruniform, Netizen Naik Muak Dengan Hairul Azreen?

Alamak apa kes? Tak ada angin tak ada ribut nama Hairul Azreen jadi sebutan 🥵🤭

Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!