Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin September 14, 2018 @ 4:15pm

Semangat Farah Lee Perlu Dijadikan Contoh Remaja Zaman Sekarang, Kenapa?

Siapa sahaja pengguna instagram pastinya akan mengenali ibu tunggal ini yang selalu bersemangat menjalani kehidupannya bersama puteri sulung beliau, Maream Esabel, yang kini berusia 4 tahun.

Farah Lee bukanlah seorang yang famous seperti Fazura atau Scha Al Yahya tetapi,  dengan memiliki background pendidikan yang cemerlang beliau mempunyai pengikutnya tersendiri di laman sosial tersebut. Malah, kehidupan peribadi beliau juga mula mendapat perhatian netizen apabila Farah sah bercerai dengan bekas suaminya yang juga personaliti TV popular, Ally Iskandar. 

Patut dijadikan sumber inspirasi

Memiliki latar pendidikan yang pastinya mampu dibanggakan, Farah Lee sekali lagi turut mencabar diri  beliau apabila mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di University of Leeds, United Kingdom dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak. Malah, ibu tunggal ini juga turut berhijrah di Kota London bersama puteri sulungnya itu.

Dan, sebelum mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master ini, Farah juga turut memiliki ijazah dalam bidang Kejuteraan Mekanikal dari Inha University, Korea Selatan.

Perkongsian Farah mengenai penghijrahannya untuk menuntut ilmu dan menimba pengalaman di kota asing ini merupakan salah satu perkara terbaik buat dirinya dan Maream. Malah, rata-rata followers beliau mengucapkan tahniah dan ada juga yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk terus maju kehadapan. 

Semoga perkongsian Farah Lee ini sentiasa menjadi inspirasi buat remaja dekat luar sana. Mana taknya, rasanya masyarakat kita sekarang ni terutamanya golongan remaja semakin tenat dengan masalah sosial yang semakin berleluasa. Apapun, semoga berjaya buat Farah Lee dan Maream! 

Bukan senang untuk melanjutkan pelajaran di negara orang, lebih-lebih lagi terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. 

Good Luck F.L!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Events Fri, 26 Jul 2019

杨丞琳秘密来马!惊喜现身推介活动宣布11月来马开唱

杨丞琳秘密来马!惊喜现身JStarS Group推介礼,宣布11月将来马举办《青春住了谁》巡演大马站。

Featured Thu, 16 Jun 2022

Habiskan RM10,000 Untuk Makan ‘Steak’ Mewah, Aeril Zafrel Didakwa ‘Show Off’

Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini sedang bercuti di Kota London bersama rakan-rakan lain, termasuklah rakan selebriti seperti Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Namun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian video […]

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Nabila Razali terkejut bila ada peminat menggelarkannya ‘artis suara chipmunk’ ketika mahu bergambar.

Featured Thu, 18 May 2023
error: Content is protected !!