Hiburan By: SGMS Faida May 5, 2018 @ 4:15am

Sambut Ulang Tahun Ke 6, Awal Luah Rasa Kepada Isteri!

Sempena ulang tahun perkahwinan ke enam, pengacara popular Awal Ashaari meluahkan penghargaan kepada isteri kesayangannya menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi. Sweet habis tau!

Tulis bapa kepada seorang cahaya mata ini, selama tempoh enam tahun bergelar suami kepada Sharifah Nor Azean atau Scha Al-Yahya, perasaannya masih sama dan tidak pernah kurang…

” Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga.

“ Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari.

“Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya,” tulisnya.

Awal dan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkahwin pada 5 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan Lara Alana yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu, Awal turut berkongsi beberapa keping foto pada hari istimewa itu di laman sosialnya.

Pada posting lain, bekas pengacara Melodi ini berkata, dia menerima Scha sebagai teman hidupnya pada enam tahun lalu kerana melihat masa depannya di mata wanita itu.

“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya di mata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya” ujarnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

Events Sun, 3 Mar 2019

Undian Bintang Bersama Bintang Di Sini!

Undian BBB2019 hanya di xtra.com.my!

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Thu, 9 May 2024
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

What Actually Happened to Ailee? Why isn’t She Promoting on Music Shows?

Fans are starting to realize is that Ailee has been missing for music shows line-up despite the long-awaited comeback from Ailee after almost three years of hiatus.

Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022