Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Setiap wanita dalam dunia ini mempunyai kekuatan badan dan pengalaman mengandung yang berbeza-beza.

Begitu juga dengan pelakon terkenal, Elfira Loy yang ā€˜mengidamā€™ untuk melompat.

Fuh, luar biasa Elfira ni, lain daripada yang lain!

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Elfira di akaun Instagram miliknya, pelakon itu telah mengejutkan orang ramai apabila dia bertindak untuk melompat dari satu sudut ke satu sudut yang lain dengan memakai kasut bertumit tinggi.

Menurut Elfira yang kini sedang sarat mengandung anak kedua hasil perkahinwan dengan suami, Faris Khairul Anuar, dia sangat berterima kasih dan bersyukur dikelilingi pengikut dan rakan selebriti yang risau akan keadaannya.

Bagaimanapun, pelakon jelita yang juga merupakan bekas atlet lompat jauh ini menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu telah berfikir sejenak sebelum membuat perkara tersebut.

ā€œMasa I nak lompat ni, I memang fikir semalaman nak buat ke tak pastu I tengok macam dekat je.

ā€œSo untuk bekas athelete lompat jauh ni, I rasa ini seperti kacang.

ā€œTapi bila sampai dekat memang kecut perut.

ā€œTapi rasa naaaak sangat. Rasa naaak yang macam orang mengidam makan sabun tu. I rasa mengidam nak lompat ni sebab i plan laaama dah nak lompat. (tapi I memang tak suggestkan untuk lompat bagi siapa yang tak berani).

ā€œKalau nak fikir ā€˜kalau jadi apa-apa macam manaā€™, banyak lagi kalau dekat semua benda yang boleh terjadi. So I percaya Allah lindungi I. I baca doa dah sebelum lompat tu (terima kasih risau pasal I),ā€ katanya.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti yang juga merangkap kawan baik Elfira seakan telah mengenali perangai aktres ini yang boleh dikatakan ā€˜ganasā€™.

Antara rakan selebriti yang turut terkejut dengan aksi berani Elfira itu ialah Mira Filzah, Betty Rahmad, Syafiqah Aina dan ramai lagi.

Aqilah Paharuzi