#SeoulSaranghae: Bintang Squid Game, Ho Yeon Jung Juga Peminat K-Pop, Kongsi Senarai Kumpulan Kegemarannya

Wow! Siapa sangka bintang Squid Game yang juga pemenang pada anugerah Screen Actor Guild Awards (SAG) baru-baru ini menerusi Pencapaian Cemerlang Pelakon Wanita Dalam Drama Bersiri, Ho Yeon Jung sebenarnya peminat kumpulan K-Pop.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Yeon Jung menerusi program temubual bersama sebuah majalah popular British, i-D.

Pelakon dan model ini mendedahkan, dia sebenarnya merupakan peminat tegar kumpulan K-Pop, 2 NE1, Girls Generation dan BIGBANG.

“Saya sebenarnya peminat tegar 2 NE1, Girls Generation dan BIGBANG. Dan saya fikir, ini adalah kumpulan yang saya minati sejak saya kecil lagi,” katanya.

 

Memegang watak sebagai Kang Sae Byeok dalam drama popular Netflix, Squid Game, Yeon Jung mengakui pengalamannya dalam menjalani penggambaran siri drama berkenaan adalah yang paling mengujakan.

Beliau berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diumumkan sebagai pemenang pada majlis anugerah SAG Awards 28 pada Januari lalu.

Untuk rekod, Squid Game mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi siri televisyen bukan berbahasa Inggeris pertama yang tercalon pada anugerah tersebut.

 

Sumber: Soompi

Salma Syahbuddin