‘Saya Akan Tarik Awal Setiap Kali…’- Scha Alyahya Kongsi Tips Rumah Tangga Ideal

Pengacara Scha Alyahya mengaku meskipun sudah tujuh tahun bergelar isteri kepada Awal Ashaari, mereka masih dalam proses saling mengenali.

Bersyukur Awal masih lelaki yang sama dikenali sejak sembilan tahun lalu, Scha turut berkongsi tips rumah tangga harmoni.

“ It takes two to tango. Bukan sebelah pihak sahaja yang perlu berusaha keras untuk mengekalkannya. Tujuh tahun yang pernah suka dan duka.

“ Saya akan selalu tarik Awal berbincang setiap kali kami berselisih pendapat. Sebagai pasangan suami isteri, ada kala saya atau Awal ada juga membuat silap. Cuma kami tidak membiarkan ia berpanjangan,” katanya ketika ditemui di sidang media Lagu Cinta Kita, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Scha turut memohon orang ramai mendoakan agar dia dapat merasai pengalaman hamil sekali lagi pada tahun ini.

“ Kami sudah mencuba sejak tahun lalu lagi. Mungkin tiada rezeki lagi buat masa ini. Doakan agar Lara Alana dapat adik tidak lama lagi,” katanya tidak menolak untuk mencuba alternatif lain untuk hamil selepas ini.

Pasangan ideal ini berkahwin pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.

SGMS Faida