Hiburan By: Maya Basir May 11, 2022 @ 4:35pm

“Saya Bahagia Dengan Anak-Anak, Saya Tak Perlu Ada Pasangan Hidup” – Raja Azura Tak Malu Dipanggil Janda

Pelakon Raja Azura mendedahkan dia sering menerima pertanyaan mengenai pengganti teman hidup selepas menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anak selama 12 tahun.

Menurut Raja Azura atau nama sebenar Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, dia mengakui tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi kerana tidak mahu berdepan dengan masalah keluarga.

“Selalu orang tanya soalan itu (pengganti teman hidup). Pertama sekali saya nak tahu, sebenarnya dalam perkahwinan ini apa tujuannya? Apa misi sebenarnya? Nak teman hidup? Anak-anak macam mana?

“Adakah teman hidup boleh terima? Lepas itu nak kena kenal lagi ipar duai yang tak tahu mereka suka atau tidak dekat kita. Lagi pula kita kenal orang berduit, dah orang ingat kita ini nak harta adik-beradik dia pula.

“Jadi benda-benda macam ini saya tak suka. Sebab pengalaman yang berlaku pada hidup saya ini sudah cukup. Saya dah pernah berkahwin, dah ada tiga orang anak. Syukur dapat besarkan mereka,” kata Raja Azura.

Raja Azura, 49, berkata kehidupannya kini sudah cukup bahagia bersama tiga orang anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.

“Saya bahagia dengan anak-anak… saya tak perlu ada pasangan hidup. Orang nak pasangan hidup sebab nak kebahagiaan. Tapi Alhamdulillah, saya masih okay dan rezeki masih anak-anak,” katanya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah malu dengan status janda dan sentiasa menjaga nama dan maruah keluarga termasuk bekas bapa mentua.

“Saya tak ada masalah dengan status janda. Pada hakikatnya memang betul pun kita janda. Bagi saya, yang penting kena jaga tertib. Kita tahu kita ini ibu tunggal, jadi kena tahu tertib sebagai seorang janda.

“Yang penting jaga adab sebab saya ada anak yang bersekolah dan perlu menjaga kedua-dua ibu bapa saya. Walaupun saya dah berpisah dengan bekas suami tapi masih ada bapa mentua.

“Dia tetap bapa mentua saya sampai mati. Bila kita jaga semua ini, kita dah tak kisah orang panggil janda. Saya tak pernah rasa kecil hati sebab hakikatnya saya adalah janda yang tahu jaga tertib dan maruah keluarga,” ujarnya.

Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Haji Aroff pada Mac 2001 namun bercerai pada 28 September 2010.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Apr 2024

Ini 20 Video Aidilfitri 2024 Yang Korang Wajib Tonton!

Setiap tahun, kehadiran Aidilfitri selepas sebulan berpuasa sentiasa membawa kemeriahan bagi seluruh umat Islam di dunia. Tetapi pada zaman kemajuan internet, sambutan Aidilfitri melangkaui sempadan fizikal di mana kebanyakkan kita menantikan video sempena hari raya […]

Hiburan Sat, 22 Sep 2018
Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Fara Fauzana Kembali Ke Konti?

Yeay! Meriah lah konti lepas ni dengan suara kak Fafau kita!

Hiburan Thu, 23 May 2019

Agih Sumbangan, Izzmad Harun, Aiman Tino Anjur Projek Sahur

Semoga Allah limpahkan lebih banyak rezeki kepada Izzmad, Aiman dan Fara selepas ini. Amin…

Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

#LaguXTRA Thu, 12 Oct 2023

#LaguXTRA: Hasif Upin Kongsi Lagu Mengenang Arwah Ibu, Akui Ada Kisah Tersendiri

Wahh min pun sedih dengar lagu all time fav Hasif Upin tu