#LaguXTRA By: Maya Basir October 12, 2023 @ 6:11pm

#LaguXTRA: Hasif Upin Kongsi Lagu Mengenang Arwah Ibu, Akui Ada Kisah Tersendiri

Segmen lagu XTRA minggu ini membawakan penyanyi Hasif Upin untuk berkongsi mengenai lagu kegemarannya.

Menurut Hasif, lagu yang sering dimainkan buat masa ini adalah lagu yang sedang ‘trending’ iaitu Retak Hatiku nyanyian oleh Iera Milpan.

Manakala lagu sepanjang zaman yang diminatinya adalah lagu Pelangi Senja oleh Stacy kerana mengingatkan kepada arwah ibunya.

“Favorite song saya sekarang adalah lagu Iera Milpan, Retak Hatiku. Lagu tu tengah trending. Saya pun ada buat cover lagu tu dekat TikTok dan IG.

“All time favorite saya adalah Pelangi Senja sebab tu adalah lagu salah seorang idola saya iaitu Stacy.

“Lagu ni ada kisah tersendiri. Tapi yang penting lagu ni mengingatkan saya kepada arwah mak saya,” katanya.

Disoal sama ada lagu boleh memberikan kesan kepada dirinya, sebagai penyanyi dia perlu menjiwai lagu untuk menyampai mesej kepada pendengar.

“Lagu yang memberi kesan kepada saya dan impak kepada saya, tambah-tambah lagi saya dah jadi penyanyi, kena menjiwai lagu tu tak kira lagu tu sedih ke, happy ke.

“Lagu adalah salah satu cara untuk menyampaikan mesej yang tersirat kepada pendengar.

“Contohnya lagu Pelangi Senja, bait-bait lirik dan muzik lagu tu memberikan emosi sedih dan rindu kepada arwah mak saya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Trending Sun, 15 Nov 2020
Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots […]

Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Events Wed, 22 Feb 2023