Konsert keempat Vokal Mania telah berlangsung dengan meriah pada malam tadi.
Ia menyaksikan persembahan mantap dari empat idol iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo bersama empat orang rookie, Danial Chuer, Fatin Afeefa, Aedy Kama dan Nisha Haque.
Menyaksikan dua persembahan iaitu solo dan battle, idol dan rookie masing-masing tampil dengan kehebatan tersendiri.
IDOL 3 – ROOKIE 1
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu dimulakan dengan persembahan daripada rookie, Danial.
Mencuri tumpuan dalam persembahan solo dan battle, Danial berjaya menewaskan Indah.
Seterusnya, Fatin yang lebih dikenali sebagai pelakon tampil memberikan saingan namun di pusingan battle, Fatin tewas di tangan Tomok.
Nisha pula tampil dengan gaya dan persembahan tersendiri namun nasib tidak menyebelahinya kerana kalah dengan Aina di pusingan battle.
Gaya rock yang dibawakan oleh Aedy memberi kejutan atas pentas Vokal Mania namun Aedy akur apabila tewas di pusingan battle dengan Lan.
Di akhir rancangan, kemenangan Danial yang menewaskan Indah turut melayakkannya menyandang gelaran Rookie Star Award.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah berdasarkan 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.
Berikut merupakan kedudukan idol dan rookie berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional, Misha Omar bersama Yusry Abdul Halim dan undian online beserta komen:
KEDUDUKAN IDOL
#1 Aina Abdul

Solo: Feeling Good
Battle vs Nisha Haque: Nisan Cinta
Misha: Aset Aina adalah suaranya. Anda tak ada ragu-ragu, bila tiba waktu nak nyanyi high pitch, Aina tak payah fikir nak tembak note apa, flow Aina cantik sahaja.
#2 Lan Solo

Solo: Sangkar Cinta
Battle vs Aedy Kama: Dokter Cinta
Yusry: Lan tunjuk kebolehan vokal rendah dan tinggi. Ini betul-betul keluar dari zon selesa, saya hargai anda buat kelainan bila anda menyanyikan lagu Ziana Zain.
#3 Indah Ruhaila

Solo: Vroom Vroom
Battle vs Danial Chuer: Shallow
Misha: Lagu itu bukan lagu Indah. Indah macam saya, jiwa balada sangat menebal.
Yusry: Battle kedua-duanya memberikan satu persaingan hebat. Persembahan solo, vokal tu bagus tapi persembahannya kurang.
#4 Tomok

Solo: Fatwa Pujangga
Battle vs Fatin Afeefa: Satu Hati Sampai Mati
Misha: Tomok nampak keletihan, note yang awak nyanyikan tak mengalir cantik.
KEDUDUKAN ROOKIE
#1 Danial Chuer – 96%

Solo: Ku Bersuara
Battle vs Indah Ruhaila: Shallow
Misha: Anda pandai susun vocal, susun lagu, anda tahu apa kelemahan dan keburukan yang ada dalam diri Danial.
#2 Nisha Haque – 51%

Solo: Seksis
Battle vs Aina Abdul: Nisan Cinta
Misha: Persembahan solo anda perlu berikan perhatian. Bila kita menyanyi, kita tak boleh berhati-hati sangat, tapi kita kena ‘berhati-hati’. Semuanya kena secukup rasa.
#3 Fatin Afeefa – 39%

Solo: Aku Cuma Punya Hati
Battle vs Tomok: Satu Hati Sampai Mati
Yusry: Fatin boleh nyanyi, tapi feel tu tak mendalam.
Misha: Saya suka tone anda. Anda boleh pergi jauh. Belajar lebih lagi dan bawa lakonan dalam nyanyian anda.
#4 Aedy Kama – 35%

Solo: Nurnilam Sari
Battle vs Lan Solo: Dokter Cinta
Yusry: Saya tak dapat dengar note rendah suara anda sebab sepanjang lagu anda tarik tinggi. Anda ada strong voice tapi kena belajar guna suara rendah, tak boleh nak tarik je sepanjang masa.
Misha: Anda ada attitude, tapi low note tu tak jelas.
Jadi, jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!
Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.
Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.