Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 10, 2023 @ 6:10pm

Sepanjang Hari Makan Pelbagai Jenis Ubat, Chef Wan Bersyukur Sel Kanser Belum Sampai Otak

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65, bersyukur sel kanser limfoma yang dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.

Memetik laporan Harian Metro, dia menerima berita baik itu selepas menjalani rawatan kemo, pada Rabu.

Menurutnya, semasa rawatan dia merasakan kesakitan namun hanya dalam waktu yang singkat.

“Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.

“Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.

“Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu,” katanya.

Pada masa sama, Che Wan juga lebih berhati-hati dengan pengambilan ubat-ubatan dalam menjalani proses kemo agar tidak memberi kesan kepada organ dalaman.

“Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya,” ujarnya.

Terdahulu, Chef Wan berkongsi khabar sedih memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).

Doktor turut memaklumkan padanya bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh antara 70 hingga 80 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma, Jalani Rawatan Kemoterapi Secepat Mungkin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Kenapa agaknya Eyka suka ke negara bercuaca panas?

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob

Penyanyi yang juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menyuarakan pandangan peribadinya berhubung persepsi masyarakat terhadap individu yang memilih pasangan berstatus janda atau duda.

Trending Fri, 20 Mar 2020

“Ia Mimpi Ngeri Buat Saya” Pesakit Ini Kongsi Pengalaman Menderita Positif Covid-19

Semoga rakyat Malaysia jadikan iktibar atas apa yang dilalui oleh pesakit ini . #dudukrumah

Featured Sun, 7 May 2023

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam Takziah Kaka dan keluarga 🥲🥹❤️

Featured Wed, 18 Jun 2025
Hiburan Fri, 11 Oct 2024
error: Content is protected !!