Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 11, 2024 @ 9:36pm

Mega! Aina Abdul Buat Kejutan Hadir Ke Karpet Merah ABPBH 36 Menaiki Bas Jelajah ‘Imaji’

Penyanyi terkenal, Aina Abdul sekali lagi menjadi sorotan orang ramai apabila membuat kejutan hadir ke sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 dengan menaiki bas.

Selebriti yang sering mendapat jolokan ‘Ratu Fesyen Pelik’ ini tiba di pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada jam 8:54 malam, diiringi kira-kira 30 orang peminat.

Ketika ditemui XTRA, Aina yang tercalon dalam kategori penyanyi wanita popular ABPBH 36 ini menjelaskan bas tersebut adalah lambang konsert jelajah ‘Imaji’.

Aina Abdul

“Bas Imaji, lambang kepada konsert jelajah Imaji. Hari ini saya hadir sebagai diri saya, Aina Abdul. Bas ini adalah simbolik kepada peminat saya,” katanya.

@xtra_my

Replying to @NajiB_mEtAfOrA(paranormal2) Aina Abdul tiba dengan bas persiaran tau!! 😂😍 All out she malamni❤️ #abpbh36 #fyp #xtra #beritaditiktok #ainaabdul #baspersiaran #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Selain Aina, empat calon lain kategori penyanyi wanita popular itu adalah Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Stacy dan Siti Nordiana.

Pada edisi karpet merah ABPBH tahun lalu, pelantun lagu popular ‘Sumpah’ ini membuat kejutan dengan menaiki sebuah lori lutsinar selain memakai baju sut gergasi berona merah.

Artikel Berkaitan:ABPBH 35: Hadir Ke Anugerah Naik Lori, Ini Penjelasan Aina Abdul… Menang Anugerah Tanda Harus Bekerja Keras Buat Peminat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 30 Jan 2021

“Saya Resah, Tak Boleh Lelapkan Mata…” – Usop

Kenapa sampai tak boleh tidur? Usop ok tak tu?

Featured Thu, 24 Jul 2025

Susah Tidur & Tiba-Tiba Bercakap Sendiri… Aiman Hakim Terganggu Akibat Terlalu Menjiwai Watak

Mengakui ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

Trending Mon, 24 Sep 2018

Mulai Januari 2019, Penyedut Minuman Plastik Diharamkan Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

Negara Taiwan dan Britain pun haramkan penggunaan penyedut minuman plastik.

Featured Mon, 19 Dec 2022
Contest Mon, 19 Nov 2018

#xtra好康头 | 分享你的爱情故事赢500令吉现金奖

大胆分享属于你的甜蜜爱情故事,将有机会赢取500令吉现金奖!

Hiburan Sat, 5 Apr 2025

[VIDEO] Neelofa Kongsi Amalan Berdoa Di Setiap Sujud – “Saya Akan Dedikasi Satu Doa Untuk Satu Solat”

Neelofa berkata dia akan baca satu doa yang sama dalam setiap sujud rakaat solat

error: Content is protected !!