Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2024 @ 3:33pm

Aliff Aziz & Sarah Yasmine Saling Berbalas Hantaran Di Instagram? – “Too Much Attention Makes Even A Donkey Feel Like A Lion”

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di platform media sosial miliknya pada Selasa.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories (IGS), Aliff kelihatan memuat naik foto miliknya berserta kapsyen berbunyi,  ‘Too Much Attention Makes Even A Donkey Feel Like A Lion’.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan sama milik bekas kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine, dia kelihatan kembali membuka ‘rahsia’ yang dilakukan Aliff terhadapnya termasuklah aktor itu pernah tidur di kediamannya.

“I am the alpha lion between the three of us and you know it.

“Awak dah lupa ke, awak yang minta ‘kawan baik’ kita untuk ajak saya jumpa beberapa minggu lalu disebabkan awak yang nak jumpa saya. Bila depan mata awak kata, ‘I miss you’, ‘I still love you’, pegang-pegang muka, main rambut saya, peluk sana sini, pegang tangan dan cium dahi saya depan semua orang.

“Tapi salah saya sebab saya should stay at home je masa tu. Fikir nak berbual pasal kes je. Dan awak tidur di rumah saya sampai keesokan harinya. Patutkan saya ceritakan lebih lagi? ,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah juga berharap agar Aliff  tidak terus mengganggunya lagi termasuklah membuat hantaran berupa sindiran menerusi platform media sosial.

“Jangan buat semak, I tell you first. Nak kena saman balik. Masih nak bising sampai hari ni masih nak menyalak macam tak makan setahun.

“Dua-dua tak berani call, tak berani text, tapi berani indirect. Umur 32 dan 33 tahun tapi menyalak je mampu,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Sarah juga mendakwa bahawa Aliff memfitnahnya mengenai penarikan semula kes melibatkan perbalahan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonan mendapatkan perintah perlindungan terhadap dirinya.

“Aku ikut semua cara kau tapi lepas aku block, kau nak buat posting cakap aku fitnah pasal kau tarik balik kes. Kau kelakar ke apa brother?

“Fikir aku bodoh nak percaya kata-kata kau lagi. Kau dah dapat laporan polis yang aku dah buat against you. Tunggu je lah beberapa harini mulut pula terkunci berbulan-bulan sebab surat saman akan sampai dekat kau.

“Masa ni lah aku boleh cakap semua benda dengan bukti-bukti sebab kau dah tarik balik kes.

“Nak tak nak, kau sendiri tahu kau dah withdraw case. Kalau masih nak lawan.. boleh, suruh lawyer kau log in sistem sekarang tengok apa status kita yang kau file in?

“Buat tu kau jadi sedar dah fitnah aku dan kau yang dah breach settlement kita okay ‘my sayang’,”kongsinya.

Menerusi hantaran tersebut juga, Sarah turut menyertakan beberapa emoji hati, bunga ros dan bintang yang sering digunakan aktor itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Aug 2025

“Saya Yang Pikul Tanggungjawab Dari Mereka Kecil”  – Hantaran Di Media Sosial Curi Perhatian, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Rita Rudaini menyorot perhatian apatah lagi hantarannya itu kelihatan seakan-akan meluahkan perasaannya.

Featured Fri, 23 Mar 2018

Bercerai Talak Satu Dengan Ude. Intan Derita, Izreen Bahagia!

Berderai airmata pastinya buat kaum hawa yang sempat mengikuti delima rumah tangga di antara pemuzik bebas, Ude juga suami kepada aktres Izreen Azminda, yang sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Intan Liana Salleh, 33, pada Khamis. 

Trending Tue, 11 Aug 2020

Harga Pelitup Muka Diturunkan RM1 Sekeping

Harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah, iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan […]

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Featured Thu, 19 Jun 2025

“Saya Tak Tahu, Isteri Okay Sahaja Dengan Saya” – Fikry Ibrahim

Fikry Ibrahim akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tuntutan cerai isterinya.

Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Sumbang Sebahagian Hasil Konsert, Ella Bantu Palestin Sedaya Termampu

Semoga Ella dimurahkan rezeki! Ayuh sama-sama kita support konsert Ella untuk bantu saudara kita di Palestin.

error: Content is protected !!