Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 7, 2023 @ 3:10pm

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung & Angin Ahmar

Penyanyi, Kaka Azraff memaklumkan berita duka mengenai ibu tercintanya, Redida Aziz, 64, yang telah meninggal dunia pada jam 9:25 pagi tadi.

Difahamkan Allahyarhamah Redida menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat serangan jantung dan angin ahmar.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Noor Atiqa Noor Azraff, 34, ibunya telah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu.

“Mak sudah dimasukkan ke hospital Jumaat lepas dan masih dalam rawatan.

“Saya tiada bersama mak ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan kini sedang menguruskan jenazah,” katanya.

Kaka yang kini sedang sarat hamil anak ketiga bersyukur segala urusan allahyarham amat dipermudahkan.

“Memang sedih tapi dalam masa yang sama syukur urusan dipermudahkan. Dia tak sakit lama dan tidak tersiksa lama,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Kongsi Video Mengalirkan Air Mata, Fuad Rahman Beri Penjelasan Tentang Keadaan Tom

Kesiannya dekat Tom.. Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Artis Korea Kegilaan Ramai Ini Rupa-rupanya Sedang Hangat Bercinta

Love is in the air nampaknya kat artis-artis Korea ni kan? Daebak!

Featured Wed, 25 Jul 2018

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia juga sama penting dengan merawat wajah.

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.

Featured Sat, 24 Dec 2022
Featured Thu, 8 Mar 2018

3 Jutawan Jelita Malaysia Yang Sukses Dalam Bidang Fesyen & Kecantikan

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan setiap 8 Mac, Hijab & Heels menampilkan lima wanita yang bergelar jutawan di Malaysia serta sukses dalam bidang fesyen dan kecantikan.

error: Content is protected !!