Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 23, 2024 @ 3:50pm

“Moga Istiqamah Jadi Hamba Yang Taat Dan Isteri Yang Solehah” – Ucap Yusuf Bahrin Kepada Zizi Kirana

Perkongsian aktor Yusuf Bahrin mencuri tumpuan warga maya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Yusuf membuat ucapan manis kepada isteri tercinta yang juga seorang penyanyi, Zizi Kirana.

Ucapan manis itu dibuat bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, yang ke-39.

Yusuf mendoakan agar isterinya itu kekal istiqamah dalam menuruti perintah Yang Maha Esa selain menjadi isteri yang solehah.

“Sanah Helwah untuk insan yang teristimewa bergelar isteri. BarakAllah Fii Umrik .

“Tak ada apa yang saya boleh katakan selain daripada semoga terus istiqamah menjadi hamba yang taat pada perintah Allah Ta’ala dan menjadi Isteri yang solehah .

“Moga Allah Ta’ala dan para malaikat sentiasa bersama dengan awak dalam melangkah menuju kejayaan didunia dan akhirat yang kekal abadi,” ucapnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem The Lord Musang King itu turut mengucapkan rasa cinta dan sayang kepada isteri tercinta.

“Saya sentiasa sayang dan cintakan awak kerana Allah Ta’ala.

“Cinta hatiku dunia & akhirat @zizi_kirana,” tutupnya.

Yusuf Bahrin

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut mengucapkan selamat hari ulang tahun buat pelantun lagu Eh itu.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dalam sebuah majlis tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Jangan Rasa Diri Kau Paling Betul” – Yusuf Bahrin Selar Tindakan Individu Persoal Kempen #GengSubuhMacamJumaat

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana Tak Letak Syarat Pada Yusuf Bahrin, Saling Hormat & Hargai – “Saya Tiada Kerisauan Apa Pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Jayakan Babak Tidak Berbaju, Yusuf Bahrin Dah Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana… Siap ‘Request’ Syarat Pada Pengarah

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana Selesa Dengan Imej Berniqab, Suami Beri Sokongan – “Yang Penting Kita Tak Cemar Imej Wanita Berniqab”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 2 Dec 2024

Daus Eli ‘Comeback’ Dengan Terukir… Mahu Fokus Ke Pentas AJL

“Kali ini takkan menghilang lagi. Kali ni memang nak fokus dengan lagu ini” – Daus Eli

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Peguam Sahkan Rihana Oksana Sudah Cerai

Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

Featured Mon, 9 Dec 2024

Famili Duo 4: Salma & Ayie Rompak Gelaran Duo Terbaik, Dua Pasangan Tersingkir Diperingkat Separuh Akhir

Impian untuk melangkah ke pentas Akhir Famili Duo Musim keempat nampaknya tidak berpihak kepada dua pasangan duo pada kali ini. Menyaksikan persembahan adik beradik, Zahid dan Anne serta pasangan sepupu, Naqiu dan Joey, kedua pasangan […]

Trending Fri, 17 Jul 2020
Hiburan Thu, 6 Jun 2024

Suami BCL Nafi Songlap Duit Syarikat RM1.7 Juta, Tiko Dakwa Bekas Isteri Belum Move On

Alamak apa kes pula ni… Hm moga semua isu cepat selesai

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Aeril- Wawa Zainal Bakal Timang Anak Ketiga

Alhamdulillah…tahniah Aeril & Wawa!

Trending Tue, 13 Aug 2019
Trending Mon, 14 Oct 2019
error: Content is protected !!