Hiburan By: Padin August 10, 2022 @ 4:48pm

Penyanyi Kumpulan Nasyid Saujana, Dr Idzu Baharin Kini Kembali!

25 tahun lalu dia pernah mencipta fenomena menerusi lagu Sepohon Kayu bersama kumpulan nasyid popular Saujana. Malah, lagu ini masih menjadi siulan hingga ke hari ini.Disebabkan lagu itu juga, dia berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Namun, selepas 10 tahun atau lebih tepat pada 2006, Idzu atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari industri muzik tanah air dan memberi fokus kepada kerjaya baharu sebagai doktor perubatan di sebuah hospital.

Kini, Dr Idzu Baharin, 41, kembali menerusi single Ku Serah hasil ciptaannya bersama Ahmad Jeffny yang juga lagu berkonsepkan ketuhanan dengan sedikit eleman R&B. Lagu ini diterbitkan oleh Kharisma Music.

Menurut Idzu Baharin, minat dan cintanya terhadap bidang nyanyian tidak pernah padam. Malah, kerjaya yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu dilihat masih relevan seiring dengan empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

“Kalau nak kata senyap itu saya lebih fokus kepada memulakan kerjaya dalam bidang perubatan. Selepas beberapa tahun, saya masuk bidang penyelidikan dan pengilangan pula. Boleh katakan sibuk dengan kerja sampailah saya masuk ke dalam bisnes pula. Minat dalam nyanyian itu masih lagi ada cuma aktif macam zaman dulu dah tak ada dah. Tetapi sekarang sejak saya pun dah aktif dalam bisnes, masa itu ada. Jadi bolehlah saya aktif semula dunia nyanyian.

“Masih lagi ada yang ingat dan tanya bila nak keluar single dan album baru serta bila nak buat kemunculan semula. Bagi saya ini adalah hobi yang serius juga. Ia bukanlah kerjaya utama tapi hobi yang serius dan saya suka untuk buat. Perkara ini boleh berlaku serentak. Disebabkan itu saya keluar dengan single terbaru selepas 16 tahun. Ia adalah lagu ketuhanan tapi tak ada ‘hardcore’ nasyid sangat. Lebih kepada santai dan masih pop dengan elemen R&B sikit. Cuma ia bukanlah nasyid.

“Sebelum ini pun saya ada keluarkan beberapa single juga. Cuma tak ada syarikat di belakang saya. Ia lebih kepada nak berseronok saja dalam fasa yang begitu sibuk pada waktu itu. Sekarang dah ada pengurusan saya sendiri dan Universal Music Malaysia pun dah ambil hak pengedar. Saya pun dah ada produksi dengan Kharisma Music yang jaga dari segi muzikal dan produksi. Kiranya ia akan lebih teratur selepas ini,” katanya.

Menurut Idzu Baharin, kemunculannya dengan kembali aktif tidak hanya untuk mengejar kemasyhuran semata-mata, tapi ingin berkongsi karya kepada peminat yang setia bersama dirinya dan Saujana termasuk generasi baru yang mula mengenali mereka.

“Umur saya pun dan lebih 40 tahun. Jadi, bukan lagi untuk kemasyhuran tetapi lebih untuk berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baru yang kenal saya menerusi media sosial. Waktu itu mungkin mereka belum lahir atau masih kecil. Jadi mereka belum kenal sangat saya.

“Bila saya muncul di media sosial mereka berminat untuk lebih mengenali saya. Lagu-lagu masih lagi popular dan mereka pun diajar dengan lagu-lagu kami semasa di sekolah. Mereka rasa dekat tapi tak pasti siapa orang di sebaliknya. Ini adalah kelompok peminat baru yang saya mula nak kenal sejak aktif dalam media sosial.

“Boleh dikatakan, sebab kemunculan sebenarnya lebih kepada mengubat kerinduan. Saya rindu nak menyanyi. Saya juga masih aktif dengan Saujana dan kami baru saja selesai rakaman video muzik Sepohon Kayu (remake). Ia bersempena ulang tahun kami yang ke-25 tahun,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Ku Serah, Idzu Baharin berkata penghasilan lagu itu lebih kepada mahu mengajak peminat mengimbau kembali perjalanannya sebagai anak seni ketika mula bersama Saujana.

“Lagu ini sebenarnya macam ‘ad-hoc’ saja. Kebetulan saya baru meraikan hari jadi, saya rasa macam lebih matang sekarang. Kematangan itu membuatkan saya rasa macam nak selesaikan beberapa perkara. Bila dah semakin berumur ini sudah tentu perasaan itu lebih kepada nak memperbaiki diri. Saya lebih nak memberi motivasi kepada pendengar. Saya selitkan mesej positif daripada ‘cintan-cintun’ ini. Tapi cinta itu juga bersifat universal bukan hanya antara lelaki dan perempuan tapi antara kita dengan cita-cita atau kehidupan kita.

“Lagu Ku Serah kali ini lebih kepada pengikut yang lama dan kenal saya sejak pertama kali keluar bersama Saujana. Mereka rindukan sesuatu yang baru tapi tak nak ia lari daripada diri saya yang dulu. Saya rasa genre ketuhanan ini sesuai untuk mereka mengimbau balik kenangan lama sebab ramai yang datang balik pada saya dan cakap mereka membesar dengan lagu-lagu Saujana. Suara saya agak signifikanlah untuk kenangan masa kecil mereka.

“Untuk single akan datang pun lebih kurang genre macam ni juga. Ia bukanlah ‘hardcore’ punya nasyid tapi lagu-lagu yang berunsur positif, motivasi, inspirasi, kerohanian dan ketuhanan. Itu akan menjadi panduan untuk masa depan. Saya memang berminat untuk aktif balik tetapi bukan sebagai penyanyi, malah lebih kepada penyanyi dan penulis lagu yang mengutarakan konsep positif,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Trending Sat, 2 Jun 2018

Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Nasib Tak Baik, Peminat Tegar England Mengembara Lebih 3,000km Ke Rusia, Baru Sedar Tiket Tertinggal Di Rumah

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Jelajah Budaya Dunia Dari Kaca Mata Rakyat Malaysia, SAYS Lancar Siri Video ‘Nandini Mana?!’

Nandini Mana?! merupakan siri video eksplorasi unik merentas Asia hingga Eropah!

Trending Thu, 5 Dec 2019

After Reading This, You Might Want To Consider Cleaning Your Brushes!

Just because they don’t look dirty, it doesn’t mean they are clean either!

Cahaya Mata Sat, 6 Aug 2022

“Mohon Doakan Kesihatan Suami Saya” – Ako Mustapha Dikesan Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Allahuakbar semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga isteri dan anak-anaknya tabah hadapi ujian ini ❤️

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

方逸华追思会 郑裕玲曾志伟等人现身

邵逸夫遗孀邵方逸华(六婶)上月22日病逝,享年83岁,其家人已于上月底为她举行过葬礼,昨天再在邵氏影城举行一场为时7小时的追思会。

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Kumpulan BTS Kalahkan Ariana Grande Di Twitter?

WOW! BTS turut mengalahkan beberapa akaun Twitter milik selebriti popular antarabangsa, rapper Kanye West, @KanyeWest, yang berada di tempat kedua.

error: Content is protected !!