Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 8, 2024 @ 6:00pm

“Kau Jangan Rasa Diri Kau Paling Betul” – Yusuf Bahrin Selar Tindakan Individu Persoal Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Aktor kacak Yusof Bahrin meluahkan rasa kurang senang apabila ada individu yang mempersoal kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dianjurkan oleh selebriti Alif Satar baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Yusuf meminta individu tersebut jangan merasakan dirinya paling betul dalam menilai inisiatif yang digerakkan sejak November tahun lalu.

“Ajak orang solat Subuh berjemaah pun ada je manusia tak puas hati.

“Kau jangan rasa diri kau paling betul tau, ikut sedap kau je nak kata ummat lemah sampai solat Subuh pun nak kena ada orang berpengaruh ajak baru la nak solat.

“Apa benda la mentaliti kau ni. Itu kan semua aturan Allah. Kalau bukan izin Allah kau ingat benda ni akan jadi ke?,” persoal Yusuf.

Tambah suami kepada penyanyi Zizi Kirana itu lagi, dia turut meminta individu tersebut memeriksa hatinya semula sebelum menghakimi sesebuah perkara.

“Check balik la hati tu. Sampai benda baik pun nampak buruk tu masalah besar dah tu.

“Tak kisah lah kau karkun ke, dah keluar negara jah bertahun-tahun ke, Kalau salah tu tetap salah. Bebal,” tutupnya.

Terdahulu, ada ada segelintir pihak yang kurang senang dengan usaha murni artis versatil itu apabila ada yang mendakwa inisiatif tersebut mendapat sambutan kerana dirinya berstatus selebriti.

Minggu lalu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang digerakkan Alif mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 3,000 jemaah.

#GengSubuhMacamJumaat adalah inisiatif Alif Satar untuk memupuk orang ramai untuk sama-sama mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah di masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar Terharu 3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Siap Buat Larian… Menteri Pun ‘Join’ & Puji 

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa #GengSubuhMacamJumaat Dapat Sambutan Hangat Hanya Untuk Berjumpa Artis? Ini Respons Alif Satar

ARTIKEL BERKAITAN: Jayakan Babak Tidak Berbaju, Yusuf Bahrin Dah Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana… Siap ‘Request’ Syarat Pada Pengarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2024

Mengaku Trauma Bercinta… Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang

Siapa nak try Sophia Albarakbah ni make sure korang jujur & tak curang ok!

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Swafoto di Makam? Anggun Kecewa!

Kecewa….itulah perasaan penyanyi Indonesia, Anggun apabila melihat segelintir rakyat Indonesia yang seperti lupa adab apabila melawat kubur bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie.   Bayangkan keadaan di kubur bekas presiden itu apabila […]

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Caprice Cari Pasal Dengan Anak Muda Kelantan

Suka cipta kontroversi, Caprice cari gaduh dengan anak muda Kelantan pula.

Hiburan Sun, 4 May 2025

Idea Live Arena Bakal Jadi Pemacu Baharu Industri Hiburan Negara

Idea Live Arena menjadi arena konsert dan acara tertutup terbesar dalam pusat beli-belah di Malaysia.

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
error: Content is protected !!