Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 20, 2023 @ 11:00am

Jayakan Babak Tidak Berbaju, Yusuf Bahrin Dah Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana… Siap ‘Request’ Syarat Pada Pengarah

Pelakon Yusuf Bahrin memaklumkan dia mengambil langkah berani untuk menjayakan babak tidak berbaju dalam filem pertamanya, The Lord Musang King.

Bercakap kepada XTRA, Yusuf berkata babak tersebut dijayakan apabila dia memaklumkan syaratnya kepada pihak produksi agar tidak memaparkan auratnya dalam filem tersebut.

“Saya ambil langkah berani sebenarnya tetapi saya beritahu ada syarat, iaitu jangan dibawah pusat.

“Alhamdulillah bila ditayangkan tak nampak bawah pusat dan juga lutut. Nampak dada sahaja.

“Kita belanja sikit sebab dah buat badan penat-penat,” ujarnya kepada pemberita.

Yusuf ditemui pada malam gala filem The Lord Musang King di Ibu Kota pada Selasa.

Dalam pada itu, Yusuf turut memaklumkan bahawa dia juga ada berbincang dengan isterinya yang juga seorang penyanyi, Zizi Kirana mengenai babak tersebut sebelum menjayakannya.

“Saya ada beritahu pada Zizi bahawa dalam skrip ada babak saya mandi dalam bilik air di penjara. Dia cakap ‘pasti mandi tak pakai baju, tak logiklah mandi berbaju’.

“Ada pula babak sabun jatuh, kalau saya kutip sabun itu mungkin cuma shot kaki dan tangan saja yang diambil.

“Jadi dia cakap okey saja, tetapi jangan sampai benda-benda tak sepatutnya nampak lah, saya cakap okey dan janji dengan dia,” kongsinya.

Kongsi Yusuf lagi, dia juga memohon kepada pengarah, Lee Moon Ho agar babak tidak berbaju itu tidak menampakkan bahagian yang mendedahkan auratnya.

Malah, Yusuf juga bersedia dengan apa jua kritikan yang akan diterimanya mengenai babak tersebut.

“Saya juga ada maklumkan perkara ini pada penerbit, saya buat permintaan dan merayu agar shot yang diambil tidak nampak bahagian pusat hingga lutut.

“Saya cakap pada dia, ‘macam mana nak jawab dengan isteri kalau ada shot tak sepatutnya’. Dan dia kata okey saja dan akan maklumkan pada pengarah.

“Pengarah juga beri jawapan yang baik pada saya. Dia hormati permintaan saya sebab yang akan ‘dihentam’ saya juga nanti. ‘Pergi majlis agama tapi kenapa tayang pusat’.

“Tapi untuk babak tersebut juga saya akan terima dan bersedia untuk sebarang kritikan. Saya tak cakap ia perkara betul dan juga salah. Tetapi saya ambil langkah berani dan tanggungjawab sendiri,” tutupnya.

Filem The Lord Musang King adalah filem Malaysia pertama arahan perngarah dari korea selatan, Lee Moon Ho yang bakal menemui penonton mulai 21 Disember ini.

Filem yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlyn, Eddie Chow dan juga pelakon asal Korea Selatan, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Featured Tue, 27 May 2025

Yassin Senario Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Penahanan Di Jeddah Berpunca Dari Rokok – “Kalau Pasal Lambang Jadi Isu Saya Dah…”

Pelawak Yassin Senario akhirnya membuka mulut mengenai penahanannya di Jeddah seperti yang tular sebelum ini. Kata Yassin ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Apek Senario menerusi Darkcast Youtube, pelawak itu menjelaskan penahanannya di Jeddah bukanlah […]

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Featured Tue, 17 Jun 2025

Ditahan Di Wad, Amira Othman Alami Keracunan Makanan

Amira bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan baik & stabil.

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Berhenti Berlakon Sampai Bersalin, Elfira Loy Kini Berjaga-jaga

Semoga urusan bersalin dipermudahkan, Insha Allah…

Featured Thu, 19 Feb 2026

“Sayangku Yang Tinggal Buat Kami Hanya Kenangan Denganmu” – Ibu Titip Luahan Khas Sempena 6 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair

Pemergian Allahyarham Ashraf meninggalkan seribu satu kenangan manis buat mereka sekeluarga selain terpaksa menanggung rindu kehilangan anak tersayang.

Featured Thu, 14 Nov 2024

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

error: Content is protected !!