Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 22, 2023 @ 6:52pm

Zizi Kirana Tak Letak Syarat Pada Yusuf Bahrin, Saling Hormat & Hargai – “Saya Tiada Kerisauan Apa Pun”

Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan dia tidak pernah meletakkan syarat kepada suaminya yang juga seorang pelakon, Yusuf Bahrin untuk menjayakan sesebuah naskah.

Bercakap kepada XTRA, pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mat Tahir, 38, ini berkata dia tiada kerisauan apa pun kerana tahu suaminya itu pandai menjaga diri ketika bekerja.

“Kalau ada apa-apa perkara dia pasti beritahu saya, contohnya kalau dia jayakan sebuah babak, dia buat sahaja.

“Saya tak pernah arahkan dia supaya tak buat babak tertentu, sebab kami percaya antara satu sama lain. Kami tahu apa yang boleh dan apa yang tidak.

“Tak perlu cakap soal itu secara berdepan, tak elok rasanya. Dia juga tahu bawa diri ketika di set penggambaran. Saya tiada kerisauan apa pun,” ujarnya kepada pemberita.

Zizi ditemui pada malam gala filem lakonan Yusuf iaitu The Lord Musang King di Ibu Kota, pada selasa.

Tambah Zizi lagi, dia meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang suami yang menghormati dan menghargai dirinya birapun kedua-duanya berada dalam industri seni.

“Kami hormat satu sama lain, saling menghargai, dia faham kerja saya bagaimana, begitu juga saya. Cuma dia selalu beritahu saya segalanya.

“Saya sebenarnya okey saja tetapi dia yang nak beritahu pada saya perkara itu supaya tidak ada masalah kemudian hari.

“Saya bersyukur ada suami begini, dia hormat dan hargai. Kepercayaan kami juga makin kuat. Saya tak minta pun dia hantar ‘report’ pada saya, tak ada,” katanya.

Mengulas mengenai penampilan pertama suaminya di layar perak, Zizi gembira apabila Yusuf dapat menimba pengalaman baru sebagai anak seni.

“Dia jarang dapat peluang untuk berlakon aksi, jadi saya cakap pergi saja ujibakat lakonan. Bila dapat pula, tak sangka filem ini arahan pengarah dari Korea Selatan.

“Saya gembira bila dia dapat cuba satu pengalaman yang baru. Agak mencabar juga, lagi-lagi waktu latihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jayakan Babak Tidak Berbaju, Yusuf Bahrin Dah Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana… Siap ‘Request’ Syarat Pada Pengarah

Filem The Lord Musang King adalah filem Malaysia pertama arahan perngarah dari korea selatan, Lee Moon Ho yang mula menemui penonton 21 Disember 2023.

Filem yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlyn, Eddie Chow dan juga pelakon asal Korea Selatan, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Mar 2021
Hiburan Sun, 13 Jan 2019

ntv7、八度空间「第四届亚洲彩虹盛典」大放异彩!9项入围大获全胜

ntv7和八度空间前天公布获9项提名入围第四届亚洲彩虹盛典,昨晚(12日)在颁奖典礼上写下了傲人的全胜纪录,大放异彩!

Featured Sat, 14 Jan 2023

Reda Layan Karenah Suami, Dai Syed Buat Tutorial Tudung Bersama Hana Ismail – “Nasib Tak Jadi Pocong”

Pendakwah selebriti, Dai Syed meraih perhatian warganet setelah melakukan ‘tutorial’ tudung terhadap isterinya, Hana Ismail. @daisyed_Boleh tak tunjuk tutorial shawl kak Hana pakai ? ME : OK bisa donk ! 😉♬ Ayang (Live) – Nabila […]

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Sumbang Sebahagian Hasil Konsert, Ella Bantu Palestin Sedaya Termampu

Semoga Ella dimurahkan rezeki! Ayuh sama-sama kita support konsert Ella untuk bantu saudara kita di Palestin.

Trending Mon, 23 Jul 2018

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang […]

error: Content is protected !!