Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 8, 2024 @ 6:10pm

Tegas Dengan Prinsip Penghijrahan, Izara Aishah Akui Letak Syarat Sebelum Terima Tawaran Lakonan

Pelakon jelita Izara Aishah mengakui dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan selepas berhijab.

Menurut Izara, dia juga lebih tegas dalam menerima sebarang tawaran dan meletakkan syarat yang bertepatan dengan imej terkininya.

“Rasanya semua sedia maklum yang saya memang tegas dengan apa yang saya mahukan. Jadi apabila sudah bertudung lebih ‘strict’ berbanding sebelum ini.

“Contohnya seperti adegan atau babak dalam bilik saya tidak selesa untuk lakonkan. Malah, saya juga berpendapat tak logik jika adegan di rumah dengan imej bertudung.

“Sebabnya jika kita di rumah kita tidak bertudung. Jadi mungkin sebab-sebab ini yang membuatkan saya sudah lama tidak berlakon. Mungkin syarat-syarat yang dikenakan juga membuatkan ramai pihak ‘rimas’,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Izara juga sempat berkongsi tipsnya untuk kekal istiqamah sepanjang penghijrahannya.

Menurut Izara, adakalanya imannya juga lemah, namun kekal mengamalkan selawat kerana niat asalnya untuk berubah kerana Allah SWT.

”Saya pun sealu lemah juga, iman pun tak kuat sangat. Kadang-kadang sebagai manusia iman turun naik. Tetapi saya berubah ini kerana Allah SWT sebab tu saya macam kuat sedikit.

“Menurut seorang ustaz, apabila iman sedikit lemah, perbanyakkan selawat. Katanya kalau 500 sehari pun tak mencukupi, harus 1000 kali berselawat atau lebih.

“Jadi perkongsian itu memang sangat membantu saya sendiri. Jadi saya kongsikan untuk kebaikan bersama,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar

Featured Sat, 28 Jun 2025

“Semoga Semua Ibu Tunggal Terus Kuat, Anda Insan Luar Biasa”- Fazura

Memilih ketenangan berbanding ‘drama’ bukanlah satu kelemahan sebaliknya itu adalah tanda untuk tumbuh lebih cemerlang.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Featured Mon, 12 Sep 2022

Filem Epik Mat Kilau Hampiri Kutipan RM100 Juta

Wah, tahniah!💗💗💗💗

Hiburan Thu, 25 Jul 2019
Hiburan Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!