Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 16, 2024 @ 1:34pm

Hazeman Huzir Perjelas Konsep Blockout – “Tujuannya Untuk Matikan Algorithm Brand Zi*nis, Kenapa Kau Pergi Caci Maki Orang Tu?”

Personaliti televisyen terkenal Hazeman Huzir akhirnya tampil bersuara dan menjelaskan konsep gerakan Blockout yang kini semakin agresif dijalankan dalam kalangan netizen, sejak kebelakangan ini.

Lebih buruk lagi, gerakan Blockout yang dijalankan dalam kalangan netizen di tanah air telah meninggalkan kesan kepada sesetengah artis atau pempengaruh dek kerana ugutan, kecaman dan fitnah yang diterima.

Menurut Hazeman, gerakan Blockout yang mula dijalankan di United State (US) hanyalah bertujuan untuk menyekat ‘algorithm’ jenama-jenama Pro-Israel.

“Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Banyak sangatlah benda yang salah tengah berlaku sekarang ni. Naratif dah lari. Blockout ni berlaku sebab bermula daripada United State (US).

“Masa tu Met Gala berlaku pada 6 Mei, 6 Mei juga Rafah kena serang. Berlaku juga satu situasi yang mana Hailey Bailey, salah seorang daripada influencer dia cakap let them eat cake.

“Apa yang orang dekat US buat adalah dia orang buat blockout. Dia orang blockout lah artis-artis macam Taylor Swift, DJ Khaled dan sebagainya. Lepas tu kejadian blockout yang jadi kat US bawa ke sini.

“Makanya dekat sini pun berlakulah list yang mana kita perlu block mereka ni semua kerana telah mempromosikan barang-barang high-end, high fashion yang ada kaitan terus dengan Zionis ni. Maka dengan itu terhasillah Block List tersebut.

“Atas tujuan apa? Mereka ni digunakan sebagai marketing tool ataupun alat pemasaran barang-barang yang ada kait rapat dengan Zionis ni,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Haze turut menjelaskan mengapa sesetengah rakan pempengaruhnya diboikot sedangkan mereka hanyalah alat pemasaran bagi jenama-jenama terkemuka terbabit.

“Kita sebagai influencer ni hanyalah sebagai alat pemasaran sebab hanya kau orang sahaja yang bersetuju untuk mengambil dan memasarkan benda ni di platform anda.

“Kita jangan naif dekat sini dan pura-pura tak tahu macam mana algorithm Instagram TikTok ni berlakulah ataupun terjadi.  Orang yang tak follow saya pun akan nampak video ni.

“Maka dengan itu mematikan algorithm ini adalah salah satu cara untuk menghentikan ataupun tidak memberi ruang  kepada brand-brand ini untuk terus ada alat pemasaran untuk mereka sebarkan di kalangan kita.

“Dia sebenarnya adalah lebih kepada attack on the marketing scheme. Aku dah explain tadi kan  kita buat blockout ni adalah untuk mengelakkan brand-brand ini terus mendapat algorithm engagement yang tinggi,” jelasnya.

Tambah Haze, tindakan sesetengah netizen yang mengecam dan memaki selebriti-selebriti yang tersenarai dalam senarai #Blockout2024 itu juga sudah menyalahi tujuan asal gerakan tersebut.

Haze menyatakan tindakan mereka berinteraksi menerusi ruangan komen juga sedikit sebanyak meningkatkan lagi ‘algorithm’ brand tersebut.

“Pertama sekali, kenapa korang pergi masuk dalam IG, TikTok orang tu dan mencaci maki orang tu? Bukan ke tujuan kita ni adalah untuk mematikan engagement dan merendahkan engagement dan jangan bagi peluang untuk brand-brand ni ada alat marketing?

“Kenapa kita pergi dekat komen-komen orang tu lepas tu tinggalkan cacian, makian? Sedangkan bila kau engage dan juga berinteraksi dengan akaun-akaun ni, itu hanya menambahkan engagement kepada platform-platform tersebut.

“Aku tanya kenapa? dia dah defeat the purpose dah apa gerakan blockout ni semua. Kalau korang masuk dalam platform orang tu dan memberi engagement lagi kepada akaun-akaun tersebut, jangan gunakan blockout sebagai premis.

“Korang gunakan gerakan lain because this is not blockout. Jadi apa sebenarnya blockout ni? walaupun kau follow atau tak follow, kau block dan blah.

“Tak perlu nak tinggalkan komen-komen yang mencaci maki, ugut-ugut bunuh dan sebagainya. It defeat the actual purpose untuk matikan alat-alat  pemasaran media sosial,” katanya.

Haze bagaimanapun turut menyarankan orang ramai untuk selidik dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan terhadap mana-mana selebriti yang terlibat.

“Yang kedua, boleh tak buat research dulu? Ini orang yang tak semena-mena terkena. Sekurang-kurangnya boleh tak kita ni buat research dulu sebelum ambil apa-apa tindakan?

“Sebagai contoh orang tu kalau ambil produk, kalau nak tahu produk tu kena boikot ke tidak, macam saya pakai dua platform iaitu thewitness.news dengan bdnaash kalau tak ada item tu dalam tu makanya barulah aku ambil, faham.

“Ini tidak ini barang-barang yang tak kena boikot asalkan nama orang putih sikit kau kata benda tu Zionis. Jangan disebabkan tindakan kita, menjadi fitnah kepada gerakan kita.

“Jangan disebabkan kita semakin berkurang orang yang support Gaza dan juga Palestin. Kita ni niat nak support jangan jadi pengkhianat. Buat dengan cara yang betul dan buat sesuatu dengan ilmu,” katanya

@hazemanhuzir Disebabkan aku tau sesetengah yang akan faham ayat aku ikut pemahaman sendiri: “Ya aku setuju gerakan #blockout2024 ♬ original sound – Hazeman Huzir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021

Pengarah Squid Game Masih Dalam Perbincangan Untuk Kembali Musim Kedua

Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk telah memberi isyarat musim kedua siri popular Netflix itu akan dikeluarkan selepas kejayaan luar biasa drama itu yang mengungguli carta Netflix di 90 buah negara. Menurut temu bual Hwang Dong-hyuk […]

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Trending Mon, 21 Jun 2021
Trending Fri, 30 Mar 2018

China Implements “Chinese Card” For Chinese Born Outside of the Country

China has been coming up with interesting things lately.

Trending Tue, 16 Jan 2024

Lagi Sebulan Nak Naik Pelamin, Bakal Suami Ini Mengaku Rog*l Gadis Tingkatan 1 Hingga Lahirkan Anak

Banyak betul kes rog*l sekarang ni…harapnya dapat dijadikan iktibar buat semua orang lah!

Trending Mon, 25 Feb 2019
Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Nombor Plat Disangka Dari Singapura, Shakilla Khoriri Berang Individu Halang Isi Minyak – “Plat SK Singapura Ke?”

Shakilla Khoriri dilarang isi minyak gara-gara nombor plat disangka Singapura

error: Content is protected !!