Pelakon, Amir Ahnaf menafikan dirinya sedang menyulam cinta bersama salah seorang anggota Dolla, iaitu Angel.
Amir atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Ahnaf Khairudin, 24, berkata dia menganggap Angel seperti adik dan tidak lebih sebagai rakan baik.
“Kami berdua ‘besties’ sebab Angel ni saya dah anggap macam adik.. kawan rapat saja,” katanya meleraikan spekulasi bercinta.
Mengulas lebih lanjut, Amir mengakui terkejut apabila isu tersebut menjadi perbualan ramai, sekali gus memohon maaf kepada Angel atas perkara yang berlaku itu.
“Saya terkejut bangun pagi ada satu artikel keluar. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah saya rasa kesian kepada Angel sebab perlu menjawab semua soalan itu.
“Saya minta maaf kalau kehadiran saya di konsert itu telah mengemparkan dunia hiburan, tetapi saya sendiri yang mesej Angel secara peribadi tanya mengenai konsert Dolla dan Angel ajak saya datang,” ujarnya.
Amir berkata demikian ketika ditemui dalam satu acara filem kegemaran ramai di Six In The City, Petaling Jaya, semalam.
View this post on Instagram
Sementara itu, Amir berkata dia dan Angel mula rapat sejak tahun lalu ketika berada di acara Celebfest Singapura.
“Saya kenal Angel awal tahun lepas. Saya support Angel sebab saya memang minat Dolla daripada lagu pertama mereka lagi, Dolla Make You Wanna.
“First debut Dolla saya dah bangga sebab kita ada girls group yang ada potensi untuk ke taraf antarabangsa,” tuturnya lagi.
Dalam masa yang sama, Amir tidak menolak tawaran sekiranya dia berpeluang untuk muncul dalam muzik video Dolla.
“Rasa terharu sekiranya berpeluang untuk bekerjasama dalam muzik video Dolla, saya sangat berbesar hati untuk menjadi salah seorang talent. Saya boleh katakan itu adalah macam satu pencapaian besar,” akhirnya.
Sebelum ini, kehadiran Amir ke konsert sulung Dolla Re:Birth The Experience di Zepp KL, Sabtu lalu meraih perhatian peminat sehingga mencetuskan spekulasi dakwaan bercinta dengan Angel.
Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf Datang Konsert Dolla, Ada Hubungan Istimewa Dengan Angel?








