Featured By: Atiqah Johari October 15, 2022 @ 7:13pm

“Saya Dah Lama Tak Bekerja”- Tepis Dakwaan Berkecil Hati, Rusdi Ramli Akui Takut…

Pengarah dan pelakon, Rusdi Ramli dilihat sudah lama tidak muncul di kaca televisyen atau layar lebar dan dia mengakui tidak menerima tawaran berlakon atau pengarahan hampir empat bulan.

Jelasnya, dia sendiri berasa pelik dan tidak mengerti kenapa jadi begini malah dia turut memaklumkan bahawa rakan-rakannya yang lain turut bertanya hal yang sama.

“Saya sudah lama tidak bekerja. Saya pun agak pelik dan tidak faham kenapa. Bukan saya seorang sahaja… ada kawan hubungi saya yang bertanya perkara sama,” kata Rusdi.

Rusdi yang ditemui ketika majlis prapelancaran filem animasi Tun Teja itu memaklumkan kali terakhir dia berlakon adalah di bawah arahan Shuhaimi Lua.

“Kali terakhir saya berlakon di bawah arahan Shuhaimi Lua di mana working title adalah Budak Bawah Blok.

“Kali terakhir saya mengarah adalah menerusi drama Republik Gombak pada Ramadan lalu,” jelasnya.

Namun begitu, Rusdi yang merupakan anak kepada pelakon Norlia Ghani itu menepis dakwaan yang dikatakan berkecil hati ataupun merajuk dengan pihak tertentu malah dia menyatakan bahawa setiap pelakon mempunyai jangka masa tersendiri dalam industri.

“Setiap pelakon ada putaran masanya, saya fikir setiap pelakon akan melalui perkara sama.

“Tak kecil hati… tapi cuak tak ada kerja. Itu je lah, macam kecil hati tak ada pun,” ujarnya.

Turut ditanya adakah Rusdi mempunyai back-up seperti pelakon lain sepanjang tiada tawaran berlakon yang ditawar, Rusdi jelaskan bahawa dia hanya bergantung dengan kerjaya seni sahaja.

“Tak ada, itu masalahnya… sebab saya memang betul-betul ini (industri seni) sahaja.

“Diorang lahir di zaman itu, saya zaman old school yang tak ada benda-benda ini.

“Jadi, saya tak pandai sangat… itu masalah dia,” luahnya lagi.

Rusdi ditemui ketika menghadiri pada majlis prapelancaran filem animasi Tun Teja bagi menyaksikan isterinya, Sharon Paul yang berperanan sebagai penggubah skor muzik untuk karya pertama terbitan produksi NSA Studio.

Untuk info, filem animasi Tun Teja dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Hilal Azman.

Namun, NSA Studio tidak mengumumkan lagi selebriti yang memegang watak sebagai Tun Teja kerana akan dijadikan sebagai elemen kejutan untuk penonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 30 Oct 2018

Hello Kitty and Friends are Coming to Kuala Lumpur in MASSIVE Exhibition!

Time for the children to have fun and adults to re-live childhood memories.

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Hyuna Dan E’Dawn Bakal Keluar Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu lagu baru diorang!

Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Tokti Latih Aafiyah Jadi Penyanyi?

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila menyampaikan lagu Ku Bersuara dendangan asal penyanyi, Ernie Zakri melalui aplikasi Smule. Yang lebih istimewa…kedengaran suara anak Siti iaitu Siti Aafiyah di penghujung lagu […]

Featured Wed, 26 Apr 2023
Featured Tue, 23 Aug 2022
Hiburan Sun, 19 Nov 2023

Bakal Jalani Pembedahan Jantung & Mata, Ebby Yus Rehat Seketika Daripada Industri

Berehatlah sekejap, kesihatan kan paling penting. Semoga cepat sihat yer ✨