“Saya Doa Mati Dalam Keadaan Beriman” – Dato Aliff Syukri Luah Rasa Syukur

Sempena ulangtahun ke-31 Dato Sri Aliff Syukri beliau meluahkan rasa syukur beliau kerana apa yang dimilikinya harini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Namun, bagi Dato Sri Aliff Syukri beliau berdoa agar dirinya tidak dijemput ilahi ketika dirinya itu sedang sibuk mengejar urusan dunia. 

“Saya selalu berdoa supaya saya mati dalam keadaan beriman, bukan ketika sibuk mengejar harta dunia. Alhamdulillah pada usia 31 tahun, semua sudah saya kecapi. Saya berharap kehidupan saya sentiasa mendapat rahmat Allah.” Katanya

Ditemui pada majlis kunjungan media dirumah agamnya yang terletak di Kota Damnsara itu, Dato Aliff memberitahu mahligai yang dinamakan sebagai Palace Aliff Syukri itu didirikan sejak empat tahun lalu diatas tanah bernilai RM13 juta dilengkapi 30 bilik termasuklah surau, pawagam dan bilik kebal. 

“Saya selalu memasang mahu memiliki banglo dan impian itu dipenuhi ketika usia 24 tahun. selepas itu saya dibsaya menyimpan haserikan gelaran Datuk dan dalam perjalanan untuk menerima pingat saya akhirnya menyimpan impian mahu memiliki kediaman seperti istana. Saya terus berusaha sehinggalah saya mendapat apa yang saya impikan.” Jelasnya

Dikatakan berlagak dan menunjuk-nunjuk, bagaimanapun Dato Aliff berkata, itu adalah hak mereka kerana niat sebenar beliau bukanlah untuk bermegah-megah sebaliknya berkongsi kejayaan selepas mengejar impian hasil pengalaman beliau hidup susah sebelum ini.

Apapun, Tahniah Dato Sri Aliff Syukri kerana akhirnya rumah agam miliknya telah siap dan selamat ulangtahun kami ucapkan!

Salma Syahbuddin