‘Saya Mahu Jadi Suami Lebih Baik’- Ammar Alfian

Susulan krisis rumah tangga pelakon Ammar Alfian dan isteri, Nelissa, pelakon filem Paskal ini mengaku tidak akan menyerah kalah.

Akuinya, dia akan cuba menyelamatkan rumah tangganya sebaik mungkin.

Menerusi akaun Instagramnya, Ammar memberitahu dia bukanlah seorang lelaki yang sempurna dan sedang berusaha untuk berubah.
 
“Nak hina hinalah. Want to judge me based on my wrong doing, up to you lah. I ain’t perfect. Never claimed to be.
 
“Always wanted to improve myself day after day. Before this, I would easily get mad and just whack people for even looking at me weird.
 
“If a girl be bitching about me it’d be touch and leave. The young me. Now, sudah tua I dont do those stuff no more.
 
“What I’m traying to say is I’m not good, I never claimed to be but, I’m trying. To be a better Muslim, a better husband and a better father.
 
“To the public, I’m not a good role model, I know that. Take what is good out of this and leave the bad.
 
“Just know I’m trying my best to fix my marriage. Insya-Allah,” tulisnya.

Ammar turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan dia dan isteri.
 
“For the loyal fans that’s been supporting and praying for us, thank you so much and may Allah bless you guys with kindness and good health,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar rumah tangga pelakon itu kembali pulih.

Terdahulu, pasangan yang berkahwin ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.

Nelissa mendakwa suaminya curang sewaktu dia sedang hamil enam bulan.

SGMS Enal