“Saya Masih Hormat Abang, Tapi Kenapa Perlu Kaitkan Isu..” – Pendapat Bercanggah, Shahrol Shiro ‘Tempelak’ Afdlin Shauki?

Pelawak Shahrol Shiro tampil berani meluahkan pendapatnya yang dikatakan bercanggah dengan selebriti, Datuk Afdlin Shauki kerana telah membantah sekeras-kerasnya penutupan sementara kelab komedi berikutan isu tular baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Susulan itu, Shahrol menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya menegaskan bahawa penutupan sementara kelab komedi ‘CrackHouse’ itu adalah wajar untuk membantu pihak berkuasa dalam melakukan siasatan lanjut.

“Assalamualaikum bang @afdlinshaukiofficial . Penutupan sementara “CrackHouse” ada betulnya juga bagi membantu siasatan isu yang sedang hangat hari ni. Ada dua persoalan yang bermain difikiran saya.

“Pertama, sebagai penganjur dan pemilik premis kita punya hak untuk menghalang sebuah persembahan jika ianya melanggar batas-batas terutama isu sensitif yg melibatkan kesucian agama islam.

“Adakah ianya tidak diberitahu kepada yang akan membuat persembahan terlebih dahulu? Dan jika ianya melanggar batas tersebut kenapa penganjur tidak terus naik ke atas pentas dan membatalkan persembahan SERTA MERTA dan kita melihat seolah penganjur meraikan content komedi tersebut,” katanya. 

“Kedua, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan content sebegini atau lebih sensitif lagi kerana ada lagi beberapa video yg kian tular yg akan mengundang kemarahan masyarakat lagi.

“Pada pendapat saya biarlah ditutup sementara bagi membantu siasatan. Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Terbaru, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi seakan memberi ‘amaran’ terakhir kepada Afdlin untuk tidak menguji kesabarannya.

Ia ekoran kenyataan terkini Afdlin yang mengaitkan isu penceramah menyelitkan jenaka dalam hujah mereka.

“Sudah-sudah la Abg Afdlin Shauki. Saya masih meletakkan rasa hormat lagi pada abang. Kenapa dikaitkan pulak penceramah agama buat lawk sewatk berceramah dengan isu crackhouse ni.

“Mereka selitkan sedikit lawak supaya yang mendengar tidak bosan dan mengantuk. Tolong jangan tuding jari pada penceramah agama dan lain-lain.

“Tenang dahulu dan biar pihak berkuasa melakukan siasatan. Tapi kenapa abang beria-ria mempertahankan tempat itu ye?” soal Shahrol.

Dalam pada itu, Afdlin menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya bagaimapun tampil bersuara mengenai tindakannya yang tidak menyokong penutupan kelab CrackHouse kerana membabitkan periuk nasi banyak pihak yang tidak bersalah.

“Kenapa saya berkata saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yang mencari rezeki dengan membuat komedi.

“Periksa dulu apa yang saya maksudkan. Tak pernah sekalipun saya cakap yang saya menyokong penghina Islam itu,” ujarnya.

Aqilah Paharuzi