[VIDEO] Netizen Tak Puas Hati Aaisyah Gemar Melaram, Che Ta Tampil Beri Teguran ‘Pedas’ – “Mak Dia Ratu Malaysia, Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi!”

Umum sedia maklum, puteri tunggal kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering kali menampilkan imej bersolej sejak usia masih kecil.

Ekoran itu, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak senang apabila melihat Aaisyah yang gemar berhias.

Tidak berdiam diri, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tampil menempelak dakwaan segelintir netizen yang mempertikaikan gelagat puterinya itu.

Menurut Che Ta, apa yang dilakukan oleh anak perempuannya itu adalah atas minat peribadinya sendiri, justeru dia bermohon agar isu tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan.

Luahan hati dan perasaan Che Ta mengenai puteri tersayangnya dimuat naik menerusi sebuah video di Instagram miliknya.

“Tolong dengar! Hampa tak nak siapkan anak hampa itu masalah hampa! Anak kami memang suka besiap!! Takkan la dia nak melaram kami nak larang.

“Contoh anak hampa suka melukih, takkan hampa nak marah depa melukih.

“Anak kami memang suka pakai mekap dan suka melaram..karang kalau marah dia, dok melalak..merajuk..satu keja kami nak pujuk tak memasal,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Che Ta selaku ratu Malaysia menasihati para ibu diluar sana agar menjaga tepi kain sendiri dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam menjaga anak-anak.

“Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa pun… mana tak tumpah kuah kalau tak ke spagetti tak gitu? Hahahha, ke nasi la hampaa..saja ja melawak…kadang kadang kami pening tau…

“Yang komen semua guna fake account, sekali kami libas guna bulu mata kami yang setebai 7 petala langit ni baru hampa tau.

“Karang tak letup hampa kata kami tak pandai jaga anak, karang letup sangat hampa kata kesian zaman budak budak la itulah inilah.

“Macam hampa dulu kecik kecik suka mandi sungai..mak pak larang pun hampa p terjun sungai kan..gitulah anak kami

“Jaga anak hampa sendiri..sebok jaga anak orang..anak sendiri kelaparan.

“Hampa nak @aaisyahdhiaranaofficial ni dok dalam gua ka?” soalnya tegas.

Aqilah Paharuzi