‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Juara program Lagu Cinta Kita, Naqi dan Ayuni mengaku tidak menolak sekiranya benar-benar menjadi pasangan kekasih selepas ini.

Meskipun berbeza jarak usia lapan tahun, Naqi atau nama sebenarnya mendedahkan mula tertarik dengan Ayuni sejak di minggu pertama perkenalan.

“ Sejak berjumpa dengan Ayuni di awal program ini berlangsung, jujurnya saya sudah mula suka pada dia. Tetapi kami perlu bersikap profesional dalam hal ini iaitu mengetepikan sebentar perasaan tersebut.

“ Kami mahu fokus belajar dalam program Lagu Cinta Kita. Alhamdulillah, kami berjaya bergelar juara,” kata pemuda berusia 21 tahun ini ketika ditemui di sidang media Lagu Cinta Kita, semalam.

Akui Naqi, dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan wanita lebih berusia daripadanya.

“ Masih terlalu awal mahu bercakap pasal kahwin tetapi jika bertemu jodoh dengan Ayuni yang lapan tahun lebih berusia, saya terima seadanya,” akhiri Naqi.

Persembahan Naqi dan Ayuni dalam persembahan final Lagu Cinta Kita menarik perhatian juri dan penonton sekaligus melayakkan pasangan ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000. 

Selain wang tunai, Naqi dan Ayuni masing-masing menerima trofi; telefon bimbit Huawei Nova 4,; bekalan produk Rexona tanpa had selama setahun; minuman McCafe percuma selama setahun dan barangan eksklusif jenama sama.

Paling menarik, pasangan ini ditawarkan kontrak bersama Media Prima Berhad (MPB). Tahniah Naqi & Ayuni! 

SGMS Faida