Mira Filzah Pasang Niat Khatam Al-Quran Ramadan Ini

 

Pelakon jelita Mira Filzah berazam untuk khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan yang bermula hari ini.

Mira melalui laman ‘instastory’ di instagram, semalam, berkata azam itu sepatutnya dilaksana tahun lalu tapi kesibukan bekerja pada bulan Ramadan lalu membataskannya.

“Ya, nak khatam Al-Quran masa bulan puasa, azam setiap tahun Mira tapi tak pernah tercapai lagi.

“Bulan puasa pun kena kerja, ‘shooting’, mula lah ke ‘laut’ azam tu. Harap Ramadan tahun ini lebih rajin, iman lebih kuat,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam perkongsian sama, pelakon bakal muncul dengan filem Sangkar, turut mengajak peminat untuk memahami makna serta maksud dalam setiap surah seperti Al Fatihah dan surah lain yang dibaca ketika solat.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal