Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 8, 2022 @ 12:00pm

“Saya Sedang Mengenali Seseorang Tapi…” – Ibu Bagi ‘Lampu Hijau’, Shuib Serah Urusan Jodoh Pada Allah

Pelawak, penyanyi dan usahawan, Shuip Sepahtu, 37, mengakui sedang mengenali seseorang namun hubungannya masih pada tahap berkawan dan tidak serius.

Menurut Shuib, walaupun ibunya sudah memberikan lampu hijau untuk dirinya mencari pengganti tetapi soal jodoh beliau hanya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

“Saya sedang mengenali seseorang tetapi setakat kawan-kawan sahaja. Hubungan tidak serius. 

“Kali ini hubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara.

“Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’  kalau jumpa calon sesuai,” katanya.

Walaupun hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Shuib akui mungkin ada diantara orang diluar sana yang akan mempertikaikan tindakannya yang dianggap terlalu cepat ‘move on’.

“Saya sebenarnya sudah tidak mahu memikirkan apa yang orang cakap mengenai saya. Soal kecaman lantaklah, asalkan saya tidak kacau hidup orang.

“Saya yang menanggungnya, jadi saya tidak perlu pun mendengar pendapat orang. Saya tahu jika saya sibuk mencari jodoh, mesti orang akan kata dulu beriya-beriya sangat sedih, tetapi baru lima bulan arwah isteri pergi sudah sibuk hendak mencari pengganti.

“Jika saya menangis dan tertonggeng sendirian di rumah, bukannya orang luar ambil tahu dan bertanya keadaan saya okay atau tidak,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Sarah Raisuddin, 37, menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos 2021 akibat COVID-19.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata iaitu, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia 5 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] Aksi Fuad Rahman & Tom Berhibur Dalam Kereta Dikecam Netizen! – “Dah Macam Kat Kelab Malam”

Fuh rancaknya!! ‘Sepadan, sekufu.. Tengah bahagia kan’ – Netizen 🤩🥵

Featured Mon, 9 Feb 2026
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Drama Manakah Bakal Menjulang Drama Terbaik 2018?

Saksikan malam berprestij ASK2018 sebentar lagi!

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Noraniza Idris Sebak Di Majlis Pernikahan Anak Sulung

Tahniah Kak Ani terima menantu. Semoga rumah tangga Aliff dan Ezza kekal sampai ke jannah. Insya Allah…

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Fareez Fauzi, Amir Harris & Oyot Antara Yang Menyerlah, Siapa Bakal Dinobat Juara All Star Championship 2025?

Aksi separuh akhir All Star Championship 2025 yang berlangsung Sabtu lalu menyajikan pertarungan sengit.

error: Content is protected !!