“Saya Serious” – Kasih Iris Leona Cari Boyfriend, Tapi Ramai Pula Wanita Nak Cuba?

Baru-baru ini, anak kepada pelakon sensasi, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dipercayai sedang mencari kekasih hati.

Menerusi hantaran di TikTok miliknya, Leona berkongsi foto-fotonya berserta satu borang maklumat peribadi yang perlu diisi oleh individu yang ingin menjadi kekasihnya.

“Boyfriend aplication. I’m serious by the way,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen ingin mencuba untuk menjadi kekasih Leona.

Namun begitu, apa yang menjadi persoalan asalah apabila terdapat juga golongan wanita yang bertanya sama ada mereka boleh mengisi borang tersebut.

Berdasarkan ruangan komen itu juga, Leona berkata dia tidak membuat borang tersebut, malah hanya mengambil di aplikasi TikTok itu sahaja.

“Guys, I did not make this form oh my god I saw it from TikTok,” tulisnya.

 

Semasa artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telahpun meraih sebanyak 1.1 juta tontonan, 57,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Aqilah Paharuzi