Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 12, 2022 @ 4:26pm

“Saya Suka Tengok Dia Sebab…” – Ini Respons Shuib Apabila Dijodohkan Dengan Wan Sharmila

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sedang hangat diperkatakan oleh pengguna laman sosial tentang hubungannya dengan pelakon Wan Sharmila.

Susulan keakraban pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku dengan ibu Shuib, Salamiah Jalani pada majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 8 Ogos lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad memberitahu pernah bekerjasama beberapa kali dengan Wan Sharmila.

“Dengan Wan Sharmila kami pernah ‘shooting’ (penggambaran) sekali Sepahtu Reunion. Mengenali dia secara peribadi, baik orangnya, comel, pandai bawa diri dan pandai jaga diri.

“Kawan industri saja, sekali dua saja pernah bekerja sekali. Jadi ia lebih pada kawan macam tulah.

“Bukan kawan rapat atau selalu bekerjasama tak, tapi lebih pada kawan industri. Suka juga tengok dia sebab dia pandai bawa diri,” katanya.

Menurut usahawan BubbleBee Malaysia, ibunya adalah peminat Wan Sharmila dan teruja berjumpa pelakon itu buat pertama kali di majlis tahlil pemergian isterinya.

“Mak saya memang minat Wan Sharmila. Dia suka tengok Wan Sharmila berlakon. Mak-mak kita kan suka tengok drama sebelah petang, jadi dia memang suka Wan Sharmila.

“Kebetulan tempoh hari Makder (ibu tiri Siti Sarah) menjemput Wan Sharmila datang, jadi dia teruja nak jumpa dan pertama kali nak jumpa berdepan. Itu yang ada video dan gambar,” katanya.

Pada masa sama, Shuib mengakui ada berbincang soal jodoh jika sudah ditentukan Allah.

“Kalau nak cerita bab jodoh, memanglah kita ada bincang dan borak-borak dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan mama, tapi macam yang mama cakaplah dia memang nak tengok anak dia gembira saja.

“Jadi, dari segi bab pengganti atau sekarang ini saya berkawan dengan siapa atau pilihan itu siapa, insya-Allah, mama memang serahkan kepada saya. Dia punya motif itu saja nak tengok anak dia bahagia dan gembira,” katanya.

Terdahulu, ibu Shuib berkongsi gambar bersama Wan Sharmila yang menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak Shuib.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Jul 2024
Trending Wed, 17 Jul 2019

Pilih Kawan Kena Berhati-Hati Guys! Jangan Pilih Yang Psiko

Pilih kawan jangan pilih luaran semata-mata okay! Takut psiko!

Hiburan Thu, 7 Feb 2019
Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]

Trending Sat, 7 Apr 2018

Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Gesa Buat Ujian DNA, Percaya Stormi Adalah Anaknya

Kylie digesa membuat ujian paterniti (DNA) selepas bekas teman lelakinya, penyanyi rap Tyga menuntut Kylie berbuat demikian kerana merasakan bayi yang diberi nama Stormi itu sebenarnya adalah anaknya.

Trending Sat, 29 Jan 2022

“Dengar Faizal Tahir Nyanyi Senang, Bila Tiba Giliran Saya….” – Vanessa Reynauld

Penyanyi Vanessa Reynauld ternyata tercabar apabila menyanyikan lagu baharunya berjudul Buat Ku Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir dan Mage. Hakikatnya, pengalaman menyanyikan lagu itu membuatkan dia tersentak bahawa banyak lagi harus diasahnya untuk menjadi […]

error: Content is protected !!