Hiburan By: Khairil Khusyairi October 2, 2022 @ 5:41pm

“Saya Tak Mahu Tipu Peminat” – Noraniza Idris Jawab Tuduhan Kurang Sambutan Punca Konsert Tangguh

Penyanyi Noraniza Idris tampil menjawab dakwaan netizen yang mengatakan konsert sulung dan terakhirnya yang ditunda disebabkan kurang mendapat sambutan.

Memetik temu bual di program Melodi TV3, sebaliknya pelantun lagu Intan Payung itu berkata dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana belum membuat persediaan penuh untuk Konsert Malai Solo.

“Selepas saya buat sidang media, pihak saya terpaksa membuat promosi yang maksimum sebab melihat kepada faktor persediaan saya dan tarikh sebab ia sangat suntuk dan agak sukar bagi kami untuk merealisasikannya.

“Bila melihat kepada komitmen saya, saya tidak dapat memberi komitmen untuk mempromosikan konsert Malai Solo, jadi ia sedikit sebanyak menjejaskan promosi penjualan tiket.

“Terjual pun hanya 15 peratus tetapi saya bersyukur kerana masih ada masa untuk membuat pembayaran balik sebelum kami mengumumkan tarikh yang baharu,” katanya.

Noraniza Idris juga mengakui kesilapannya kerana mempunyai jadual yang sangat padat serta sibuk mengendalikan program-program sosial lain.

“Masa untuk saya buat konsert dalam masa 3 minggu lagi agak mustahil.

“Jadual saya terlampau padat dengan aktiviti dan undangan persembahan yang sudah ditempah terlalu awal.

“Saya tak mahu menipu peminat, biarlah peminat melihat saya betul-betul bersedia ketika membuat persembahan jadi eloklah saya buat penangguhan untuk saya membuat persediaan,” jelasnya.

Noraniza Idris juga memberitahu kemungkinan Konsert Malai solo akan berlangsung pada tahun ini juga.

Konsert Malai Solo dijadulkan berlangsung selama tiga hari iaitu 21 hingga 23 Oktober ini di Istana Budaya terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor tertentu seperti faktor kesihatan, ketiadaan pengarah muzik serta kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka diadakan pada bulan berkenaan.

Sumvber: YouTube TV3MALAYSIA Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Terima Bayaran Tak Masuk Akal & Terpaksa Ajar Pelakon Baharu Hayati Watak, Didie Alias Rasa Terhina?

Agak-agaklah nak bayar murah sangat pun. Tak kaji latar belakang artis dulu ke?

Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Trending Fri, 20 Mar 2020

Berita Gembira! Kerajaan Kini Tawarkan Diskaun 2 Peratus Bil Elektrik Sempena Covid-19

Jangan panik, diskaun ini akan diberikan secara berperingkat ye gais!

Selebriti Sun, 19 Nov 2023
Trending Fri, 23 Apr 2021

“Disebalik Kekuatan, Rupanya Dia Tengah Bertarung” – Siti Sarah Beri Semangat Kepada Janna Nick

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, memberikan kata-kata semangat kepada pelakon Janna Nick. Menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik oleh Sarah di laman sosial Instagram, pelantun lagu Kesetiaan itu mengakui terkejut mendengar khabar terbaru Janna. Semalam, […]

Selebriti Mon, 16 Oct 2023