Featured By: Fatin Nurain December 4, 2022 @ 12:18pm

“Saya Tak Menyesal Pilih Mak Berbanding Kerjaya” – Fikry Ibrahim Terlepas Banyak Peluang Demi Ibu

Pelakon Fikry Ibrahim tampil menyatakan dirinya kini kurang berlakon kerana fokus menguruskan perniagaannya dan lebih mengutamakan ibunya, Bibi Zaleha.

Menurut Fikry, sudah tiba masanya untuk membalas jasa dan memberi tumpuan buat ibunya yang telah banyak berkorban demi menjaganya sewaktu kecil sehingga sekarang.

“Saya masih ada shooting tapi sangat-sangat kurang, saya lebih fokus kepada perniagaan. Memang kurangkan dalam industri hiburan, masih ada tetapi kalau ada yang terpaksa memberi komitmen yang begitu lama dan panjang, saya tak bolehlah saya lebih utamakan mak saya.

“Nombor satu dalam hidup saya adalah dia. Kalau tak boleh jumpa saya dia boleh nangis, saya akan menangis 10 kali daripada dia. Itu mak saya, dia pernah berkorban waktu dulu saya kecil, sekarang ni masa untuk saya pula berkorban untuk dia.

Biarpun terpaksa melepaskan beberapa peluang yang diimpikannya sebelum ini demi ibunya, Fikry tetap percaya akan rezeki dari Sang Pencipta dan sentiasa mencari jalan untuk kekal relevan dalam industri lakonan.

“Tak dapat dinafikan saya terlepas peluang-peluang yang saya impikan untuk berlakon dalam sebuah karya yang berkualiti. Tapi, ada masa kita kena fikir yang kita tak boleh dapat dua-dua tu.

“Tapi salah satu perkara yang saya rasa saya takkan menyesal suatu hari nanti adalah memilih mak saya berbanding kerjaya saya.

“Satu saya percaya rezeki daripada Allah dan kenalah kita juga untuk mencari inisiatif untuk kekal relevan bukan dengan gosip-gosip murahan ataupun kerja-kerja yang tak mencerminkan keperibadian,” katanya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Fri, 18 May 2018

Tolong ‘Tutup’ Aurat Uqasha: Fikry Dipuji Netizen

Fikry Ibrahim dilihat prihatin tentang aurat wanita, ada sesiapa ke yang dituju?

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Thu, 17 May 2018

Lee Seo Won Sexually Harasses Female Celebrity With a Weapon!

He even threatened the police when being reprimanded.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Hiburan Wed, 14 Jun 2023

[VIDEO] DSV & Cik B Bergelut Dalam Bilik Air, Gara-Gara Seekor….

Aduh nasib baik ada Mama kan boleh tolong tangkap spider