Trending By: Attiqah Mohd March 20, 2020 @ 1:08pm

Foto Menyayat Hati Para Medik Berkorban Nyawa Merawat Pesakit Coronavirus Seluruh Dunia

Semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, yang mengarahkan seluruh rakyat Malaysia untuk berada di rumah bermula 18 Mac sehingga 31 Mac dalam usaha untuk memerangi wabak  Coronavirus.

Rakyat Malaysia nampaknya masih ramai yang memandang enteng perkara ini. Masih ramai yang tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan, masih ramai yang bersikap degil dengan keluar berjalan-jalan di sekitar kotaraya dan keluar menghabiskan masa di sekitar kedai mamak tanpa menghiraukan larangan kerjaan. 

Kebimbangan mulai tercetus dan apa yang lebih menyayat hati adalah jasa para medik iaitu doktor dan para jururawat yang sanggup bekerja 24 jam tanpa mengira penat lelah, mengorbankan waktu terluang bersama keluarga mereka sendiri demi menabur bakti buat negara. 

Beberapa foto penuh emosi menunjukkan para doktor bekerja dan berkorban nyawa demi memerangi Coronavirus di seluruh dunia.

1.Itali

2. Malaysia 

 

3. Iran 

Ada yang tidak mampu menahan sebak melihat beribu kematian setiap hari terjadi di depan mata, ada yang tidak lupa menjalani ibadah solat  walaupun dalam kesibukan bekerja, malah ada yang memeluk erat tidak mampu menahan sebak meninggalkan ahli keluarga sendiri demi melaksanakan tugas. 

Jasa mereka yang sanggup merisikokan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain seharusnya dihargai. Justeru, marilah kita sama-sama mematuhi perintah larangan pergerakan dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Hargai pengorbanan para pejuang kita menyelamatkan negara di dalam waktu yang genting ini. 

Kredit Foto: Instagram, Facebook 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 May 2023

Meer Nash Cipta ‘Permata’ Buat Peminat

Meer Nash Tampil Lagu Baru!

Trending Wed, 17 Nov 2021

Belum Sahkan Kehamilan, Kini Baby Bump Neelofa Kian Jelas Kelihatan.. Comelnya!

Biarpun tidak mengiyakan atau menafikan berita kehamilannya, ‘baby bump’ selebriti dan usahawan popular, Neelofa kini kian jelas kelihatan. Ia terserlah menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh adik Neelofa, Ameera Khan di ruangan Instagram Stories. Menghadiri […]

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Trending Sat, 26 Oct 2019

“Tolong Jangan Percaya,” Ada Pihak Cuba Fitnah Tunku Azizah

Dakwa Baginda Jalankan Program Matawang Digital

Featured Sat, 21 Jan 2023