“Saya Tak Nak Jadi Anak & Ibu Yang…” – Anzalna Nasir Tolak Tawaran Jenama Terkenal Australia Gara-Gara…

Baru-baru ini, tular seorang wanita membawa bersama anak yang merupakan orang kurang upaya (OKU) buta kekal ketika bekerja sebagai penghantar makanan.

Tidak terkecuali, pelakon Anzalna Nasir turut meluahkan rasa kagum dengan semangat wanita itu sebagai seorang ibu tunggal.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memberitahu kehidupannya berubah setelah mempunyai anak.

“RESPECT! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ni.

“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan.

“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka,” tulisnya.

Menurutnya lagi, dia mendapat tawaran jenama terkenal dari negara Australia namun terpaksa tolak demi kepentingan anak-anak.

“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama yang terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran tu.

“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumahtangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Maya Basir